Sunday, August 28, 2011
Rumah Terbuka Istana Negara
TARIKH : HARI RAYA PERTAMA AIDIL FITRI 2011
MASA : 11.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : ISTANA NEGARA
10.30 pagi - Ketibaan rakyat jelata di Pintu Utama.
11.00 pagi - Rakyat jelata bergerak menuju ke Anjung Tengah.
11.15 pagi - Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Anjung Tengah.
Rakyat jelata menghadap dan bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan seterusnya menikmati juadah Hari Raya di perkarangan Istana Negara.
2.00 petang - Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong selesai.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong meninggalkan majlis.
Friday, August 26, 2011
'AIR MATA RAJA' SUDAH ADA...
Inilah buku karya Zai & Shali yang pertama. Untuk sinopsis, sila klik.
Pihak Kumpulan Rajamenangis menawarkan buku setebal 990 halaman ini (harga asal RM55) secara online dengan diskaun 10% dan tambahan kos untuk pos bergantung kepada alamat anda. Anda juga akan mendapat tandatangan penulis dan cop logo Rajamenangis.
Sila berikan alamat supaya kami boleh dapatkan jumlah sebenar harga pos. Untuk memesan, sila emel nama dan alamat ke: rajamenangis@gmail.com. Kami akan beritahu kaedah pembayaran.
Dapatkan juga buku ini di Kedai Kooperasi Buku Dewan Bahasa dan Pustaka (Jln Dewan Bahasa, K.Lumpur). Jika anda Rakan Dewan, anda boleh mendapat diskaun. Kami akan up-date kedai-kedai buku lain yang ada menjualnya dalam sedikit waktu lagi. Terima kasih atas sokongan anda.
Tuesday, August 23, 2011
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN
Semoga semangat kebangsaan yang telah sekian lama dipupuk menjadi teras kepada kejayaan kita menuju masa hadapan yang gemilang. Dugaan datang dan pergi tetapi semangat jatidiri dalam setiap warga yang cintakan keamanan dan kemakmuran mudah-mudahan kekal abadi.
Marilah terus menghayati Rukun Negara sebagai tonggak ke arah perpaduan yang lebih jitu:
* Kepercayaan kepada Tuhan
* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-undang
* Kesopanan dan Kesusilaan
Cabaran Baru Majlis Raja-Raja
Pembongkaran perkara ini telah dipertahankan secara putar-belit dan tohmahan buruk kepada institusi agama Islam dan pihak berkuasa yang seumpamanya tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia telah dimanipulasikan sebagai serbuan terhadap gereja oleh sebuah akhbar walaupun berita mengenainya belum sah. Matlamat mereka ialah untuk menghapuskan imej bahawa “ Melayu Malaysia Satu Agama” atau Melayu Malaysia semestinya Islam dan mereka mahu Malaysia menjadi seperti Indonesia “Satu Bangsa bukan Satu Agama”. BACA LAGI
Sunday, August 21, 2011
NASI AYAM HAINAN
400 g beras biasa } basuh & sejat
200 g beras wangi}
50 g lemak ayam (jika suka)
2 camb air
2 cm halia } diketuk
2 ulas bawang putih }
950 ml air
1 kiub stok ayam
Daun salad, timun, tomato
Bahan Sup
2-3 liter air
3 cm halia } diketuk
4 ulas bawang putih }
1 camt garam
1 ekor ayam
Hirisan daun sup
Bahan Sos
10 biji cili merah, dibuang biji
2 cm halia
3 ulas bawang putih
2 camb sos cili
1-2 camb jus lemon/limau nipis
40 ml air rebusan ayam
Garam, gula secukupnya
Bahan Kicap
3 camb sos tiram
2 camb kicap manis
1 camb sos plam
60 ml air rebusan ayam
Garam, gula secukupnya
1. Masak lemak ayam dan air di dalam kuali di atas api perlahan. Biar mendidih hingga lemak ayam terbit. Masukkan halia dan bawang putih, goreng dalam minyak ayam hingga kekuningan. Keluarkan lemak tadi, bubuh beras dan garam. Kacau 2 minit. Ubah ke dalam periuk elektrik. Tuangkan air dan masak seperti biasa.
2. Untuk sup. Jerang air, halia, bawang putih dan garam hingga mendidih. Perlahankan api, masukkan ayam. Masak selama 15 minit. Padamkan api dan tutup periuk. Biar selama 25 minit. Keluarkan ayam, rendam dalam air biasa selama 5 minit. Angkat dan sejatkan.
3. Renihkan sup tadi sehingga tinggal separuh. Campurkan dengan daun sup. Untuk sos. Kisar semua bahan hingga sebati. Untuk kicap. Campurkan dan kacau rata-rata. Potong ayam, sajikan dengan nasi, salad, tomato dan timun serta sup, sos dan kicap.
Tinggal Solat Kerana Tertidur Tak Dikira Cuai
Jika saudara tertidur sehingga keluar waktu solat Subuh, maka saudara hendaklah segera bersiap-siap untuk mengqada solat Subuh. Jika tertinggal solat Zuhur umpamanya, dan dia sedar pada waktu Asar, maka hendaklah ia segera qadhanya pada waktu Asar.
Mengqada solat adalah wajib, manakala menyegerakannya adalah sunat seperti satu hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tidur salah seorang kamu sehingga meninggalkan solat atau terlupa daripadanya, maka hendaklah ia segera solat apabila ia teringat kerana Allah SWT berfirman: “Dirikanlah kamu akan solat untuk mengingati-Ku.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah, beliau berkata: “Mereka menyebut kepada Nabi SAW tentang tidur mereka sehingga terlepas waktu solat. Maka Baginda bersabda: Tidaklah sebab tidur dikira kecuaian. Kecuaian itu hanya dikira sekiranya dalam keadaan jaga. Maka apabila salah seorang kamu lupa sembahyang, atau tidur lena sehingga meninggalkan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang apabila dia ingat.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawasanya Saidina Umar datang pada Hari Khandaq, sesudah terbenamnya matahari, yang mana dia mencaci orang kafir Quraisy seraya beliau berkata: “Wahai Rasulullah, aku hampir tidak solat Asar, sehingga hampir matahari masuk (terbenam).
Maka Nabi SAW menjawab: Demi Allah aku pun belum sembahyang. Maka Baginda berwuduk dan kami pun berwuduk. Maka Baginda sembahyang Asar sesudah matahari masuk (terbenam), kemudian Baginda mengerjakan sembahyang Maghrib sesudahnya. Demikianlah, Wallahua’lam.
www.bharian.com.my
Friday, August 19, 2011
Keutamaan Lailatul-Qadr
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)
Maksudnya, beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.
Sunnat Mengintai Lailatul-Qadr
Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Nabi Muhammad SAW amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.
Dari Aisyah RA berkata: “Bahawa Rasulullah SAW apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim) BACA LAGI
Wednesday, August 17, 2011
Penerbitan Buku : 16,000 judul
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, walaupun negara masih berada di belakang negara jiran iaitu Vietnam dan Indonesia, namun jumlah terbabit menunjukkan kesungguhan penerbit tempatan untuk mencapai sasaran yang diunjurkan.
"Semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lalu, saya menggesa semua penerbit tempatan sama ada dari agensi kerajaan atau swasta untuk sama-sama berusaha menerbitkan 26,000 judul buku terjemahan baru setahun. SELANJUTNYA
Tuesday, August 16, 2011
Penapisan Media Dikaji
Pada masa sama, katanya, kerajaan akan menjawab dakwaan dalam media tempatan atau antarabangsa dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya dakwaan itu bersifat fitnah. "Umpamanya, kalau kita nak lakukan penapisan dalam era yang baru ini, dalam landskap yang baru ini, harus kita tanya apakah penapisan itu berkesan ataupun tidak, adakah ia relevan, adakah ia berkesan?
"Pada mulanya adakah ia bermakna...dan sama sebarang bentuk penapisan itu sebenarnya merugikan daripada menguntungkan kita," katanya semasa berucap pada majlis Berbuka Puasa bersama media anjuran Bernama di Wisma Bernama Isnin. BACA LAGI
LAILATUL QADAR
Rasulullah SAW juga bersabda “Carilah (lailatul qadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.” (Muslim)
Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ibadah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berada di bulan Ramadhan antaranya ialah ibadah qiamullail, memperbanyakkan doa, berzikir, dan membaca Al Quran.
Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam Lailatul Qadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat) “Ya Allah! Sesungguhnya Aku berlindung dengan keredhaan Mu daripada segala kemurkaan Mu. Aku juga berlindung dengan kemaafan Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat Mu yang tidak terhitung segala nikmat dan belas kasihan yang telah Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat Mu.” (Tirmizi, Nasaai, Abu Daud, Ahmad)
www.masjidbulat.com
Banyakkan Sedekah di Bulan Ramadan
Katanya: "Nabi Muhammad adalah manusia yang paling pemurah dalam kebaikan. Beliau juga adalah manusia yang paling pemurah pada bulan Ramadan lebih-lebih lagi ketika bertemu malaikat Jibril. Malaikat Jibril mengunjungi Nabi Muhammad pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan. Mereka berdua bertadarus al-Quran bersama-sama. Sifat pemurah Nabi Muhammad ketika bertemu Jibril laksana angin yang berhembus (riwayat Bukhari & Muslim)."
Sikap pemurah baginda menjadi teladan kepada para sahabat. Sejarah mencatatkan perjalanan awal dakwah Islam melalui penajaan harta isteri baginda Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Affan dan banyak sahabat lain. Abdurrahman Samurah menceritakan satu peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadan. Ketika itu umat Islam sedang bersiap-siap untuk Perang Tabuk. BACA LAGI
Sunday, August 14, 2011
Selera Ramadan : Ikan Terubuk Nyonya
jus 2 biji limau nipis
2 helai daun limau purut – dihiris halus
2-3 sudu besar minyak
Bahan Kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan Sos (dikisar):
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh kicap cair
1 sudu besar kicap manis
jus 2 biji limau nipis
1-2 sudu teh gula
Cara membuat:
1. Belah belakang ikan dan buangkan perutnya. Biar sisiknya. Bersih dan lapkan dengan kitchen towel.
2. Perap ikan bersama daun limau purut dan bahan kisar selama 2 jam.
3. Panggang di atas daun pisang sambil direnjiskan dengan minyak.
4. Bila masak, sajikan dengan sosnya.
foto : xeantech.com
Thursday, August 11, 2011
Amalan sunat vs fardu
Antara amalan-amalan sunnah yang banyak Nabi lakukan pada bulan Ramadan termasuklah memperbanyakkan bacaan al-Quran, bersedekah, menghidupkan malam dengan solat terawih, menjamu orang berbuka puasa dan beberapa amalan lain yang disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih. BACA LAGI
Tuesday, August 9, 2011
Tanah runtuh: Kenyataan KDYTM Tengku Abdullah
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah perkara itu sememangnya perlu dikaji kerana sudah lama penduduk terbabit tinggal di kawasan itu.
"Saya harap dalam jangka panjang, kerajaan negeri dapat mengkaji penempatan semula khususnya di Kampung Sungai Ruil ini, sudah lama mereka berada di kawasan itu," titah baginda ketika melawat pusat pemindahan mangsa tanah runtuh perkampungan Sungai Ruil di sini di pusat Pemindahan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Brinchang di sini. Baginda juga bertitah supaya enam rumah Orang Asli yang musnah dalam kejadian itu, dibina semula bagi membantu mereka meneruskan kehidupan. LAGI
Sultan Selangor Tegah Berpolitik di Kampus
KUALA SELANGOR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menitahkan profesor dan pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL) tidak berpolitik dalam kampus sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugas mengajar.
Baginda berharap politik kepartian tidak dicampuradukkan dalam pengajaran kerana ia akan merugikan masa yang sangat berharga kepada pelajar untuk kejayaan masa depan.
“Amatlah merugikan jika seseorang pelajar membuang masa berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik. Sesungguhnya masa itu emas. BACA LAGI.
Monday, August 8, 2011
AISKRIM GORENG
250-280 gm serbuk/reja kek
160-180 gm serbuk roti
Minyak masak
1 batang lidi
Bahan salut
125 g tepung gandum
155 ml susu segar
155 ml air
3 biji putih telur
Cara membuatnya:
1. Ambil aiskrim menggunakan scoop aiskrim. Bungkus setiap satu dengan kertas aluminium. Turunkan suhu peti pembeku ke tahap paling minima. Letak bungkusan aiskrim di dalam peti pembeku. Biar selama 12 jam.
2. Buka bungkusan aiskrim, salut dengan reja kek. Bungkus dengan kertas aluminium semula.Biar selama 12 jam. Satukan tepung, air dan susu hingga sebati. Pukul putih telur hingga kental, kaupbalikkan ke dalam adunan tepung.
3. Biar adunan tepung di dalam peti sejuk selama 45-60 min. Buka bungkusan aluminium dari aiskrim semula. Cucuk dengan lidi sate dan celupkan bebola di dalam tepung salut.
4. Golek di dalam serbuk roti. Bungkus kemas dan letak semula di dalam peti pembeku selama 3-4 jam. Panaskan minyak, kemudian goreng 2 atau 3 biji bebola hingga keemasan. Sajikan segera.
Saturday, August 6, 2011
Kongsi Ilmu Sedekah Terbaik
APABILA menyebut mengenai ilmu, saya ingin berkongsi kata-kata hikmah Imam al-Ghazali dalam nasihat al-Muluk. Beliau mengatakan, manusia ada empat kategori. Pertama, seorang berpengetahuan dan tahu apa yang dia tahu. Dialah orang berilmu.
Keempat, orang tidak berpengetahuan tetapi tidak tahu apa dia tidak tahu. Dialah orang yang bodoh. Hendaklah kamu memberikannya ilmu pengetahuan. Sudah tentu kita tidak mahu berada dalam kategori manusia terakhir.
Tetapi apabila direnungi, sejauh mana semangat kita menerokai dan berkongsi ilmu dalam persekitaran? Mungkin kita terfikir sejenak dan terbayang kesibukan setiap hari menguruskan rumah tangga, keluarga, kerja dan masyarakat. BACA LAGI
Rujuk Sultan Isu Serbu Gereja
SHAH ALAM: Kerajaan negeri merujuk isu serbuan Gereja Methodist, Damansara Utama di Petaling Jaya, malam Rabu lalu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta nasihat dalam mencari penyelesaian.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya peka dengan laporan media mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dan tindakan seterusnya akan diambil selepas menerima laporan JAIS sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor.
“Sebaik menerima laporan JAIS, saya menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini dan memastikan perkara begini tidak berulang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. BACA LAGI
Friday, August 5, 2011
BESI TAHI BINTANG TERBAIK UNTUK KERIS?
Thursday, August 4, 2011
Istimewa Ramadan : Chicken Chop
100 g tepung gandum
30 g tepung jagung
1 camb tepung beras
160-180 ml air
80 gm serbuk roti
minyak utk menggoreng
Cara membuatnya
1. Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah selama 20 minit. Satukan semua jenis tepung, garam dan air untuk menjadi adunan.
2. Celup ayam di dalam adunan. Salut dengan serbuk roti. Goreng dalam minyak banyak hingga keemasan. Angkat dan sejatkan.
Bahan sos:
2 camb minyak
100 g bawang besar } potong kecil
100 g salderi }
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
500-550 ml air rebusan ayam
1 camb herba Italy
garam, serbuk lada hitam
1/2-1 camb kicap hitam
1 tin cendawan butang /segar, dihiris
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, goreng bawang besar dan salderi hingga keemasan. Angkat dan kisar dengan sedikit air hingga halus. Ketepikan.
2. Panaskan mentega, masukkan tepung. Kacau atas api perlahan hingga keemasan.
3. Masukkan semua bahan lain, kacau hingga kuah pekat. 6. Hidangkan chicken chop dengan sos, salad dan lain-lain.
PAKAR AMERIKA DATANG KE MALAYSIA LIHAT AMALAN PUASA
US reps here to observe Ramadan
Malaysian Ambassador to the US Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis said President Barack Obama had sent a team of Americans, led by an American Muslim adviser, to the country to experience how locals practise fasting.
Dr Jamaluddin said the female adviser had been here since Tuesday.
He said Obama could have wanted to know how Muslims and non-Muslims here mark the holy month.
(C) 2011 The Star
Wednesday, August 3, 2011
Pulak : Puasa tanpa solat
DALAM kehidupan ini, setiap apa yang kita laksanakan perlu dilakukan secara sempurna. Allah SWT dan rasul-Nya tidak suka kepada individu yang melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa kerana ia tidak boleh mendatangkan hasil yang baik. Sesuatu kerja yang tidak lengkap dan sempurna pastinya mempunyai nilai yang rendah di mata masyarakat.[Baca lagi]
Menilai ibadah puasa dari sudut rohani dan sosial
Menilai ibadah puasa dari sudut rohani dan sosial
BULAN Ramadan adalah bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa. Perintah berpuasa ini disebut di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
Menurut Allahyarham Profesor Dr. Hamka, perintah puasa seperti juga perintah Allah yang lain, bukanlah satu perintah yang kaku dan kering kerana ibadah puasa berupaya mengetuk hati, iman dan akidah. Amalan puasa dapat menyatukan akal dan perasaan, jiwa dan sanubari.[Baca lagi]
Monday, August 1, 2011
JADILAH PAHLAWAN
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam mengajak rakyat bersama-sama dalam semangat 1Malaysia, meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan kesediaan untuk berkorban demi negara.
Berucap pada sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka, di sini baginda bertitah, semangat sanggup berkorban demi negara di kalangan rakyat perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa untuk kesejahteraan rakyat.
“Keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati hari ini, tidak dapat kita capai tanpa pengorbanan pejuang dan pahlawan negara. Rakyat dan negara amat terhutang budi kepada mereka yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta, iaitu pengorbanan jiwa dan raga,” katanya. BACA SELANJUTNYA