Tuesday, May 31, 2011
Bonda DYMM Sultan Selangor Mangkat
Almarhum merupakan isteri pertama kepada AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah. Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.
~~ Kami KUMPULAN RAJAMENANGIS merakamkan setinggi-tinggi takziah di atas kemangkatan Y.M.M. Paduka Bonda DYMM Sultan Selangor. Semoga Almarhum dicucuri rahmat Ilahi dan tergolong di dalam hamba-NYA yang beriman ~~
Pesanan pertahankan jati diri Melayu
Pesanan pertahankan jati diri Melayu
|
|
PERTEMUAN 40 anggota Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) dengan seorang warga tua berketurunan Melayu di Kampung Guar di Satun, Thailand pada hari pertama ekspedisi amat menginsafkan mengenai betapa pentingnya jati diri Melayu dan Islam dipertahankan walau apa pun berlaku.
Ismail Kasim, 72, yang sudah semakin uzur sanggup bertemu dengan anggota ekspedisi JWJ2 semata-mata mahu memberi pesan kepada semua anggota supaya bersungguh-sungguh mempertahankan jati diri, warisan serta budaya walau apa pun berlaku.
Secara peribadi dia amat mengharapkan masyarakat Melayu di Malaysia tidak senasib seperti mana kelompok Melayu lain termasuk di Thailand sendiri apabila budaya kaum itu semakin terhakis secara perlahan-lahan akibat pengaruh-pengaruh di sekeliling.
Dia mengakui generasi Melayu di Thailand tidak seperti datuk moyang mereka dahulu yang sedaya upaya mempertahankan jati diri, warisan serta budaya mereka.
‘‘Contohnya bahasa yang mana pertuturan bahasa Melayu di kalangan anak-anak muda tidak seperti kami dahulu. Alhamdulillah setakat ini penguasaan mereka dalam bahasa Melayu masih baik tetapi apakah jaminannya untuk masa depan.
‘‘Bagaimana pula seni budaya Melayu yang lain yang selama ini diamalkan sejak turun temurun. Mahu tidak mahu kita harus mengakui ia semakin tidak diamalkan dan orang muda khususnya langsung tidak mahu mengendahkannya?” kata Ismail yang merupakan bekas guru silat Melayu di kampungnya.
Kata-katanya itu ada asasnya apabila dia menyatakan bagaimana seni silat yang sebelum ini menjadi tumpuan golongan muda di kampungnya serta kampung sekitar 30 tahun lalu semakin dilupakan.
‘‘Silat adalah warisan budaya Melayu tetapi saya melihat ia sudah tidak lagi mendapat tempat di kalangan orang muda kerana mereka lebih berminat dengan seni mempertahankan diri yang lain.
‘‘Disebabkan itu lebih 20 tahun saya tidak lagi mengajar silat kepada orang muda di sini. Saya hendak turunkan warisan ini kepada anak dan cucu semuanya tidak mahu,’ katanya dalam keadaan yang begitu sedih.
Bagaimanapun kesedihannya sedikit terubat apabila tujuh anggota ekspedisi JWJ2 mengadakan persembahan silat di hadapannya.
Atas semangat yang ada serta sedikit kudrat yang ada Ismail berjaya juga menunjukkan kehebatannya menampilkan seni silat tari kepada hadirin serta anggota konvoi yang hadir.
Dalam pada itu Ismail mengakui sekiranya ditakdirkan dia menemui Ilahi pada satu hari nanti mungkin silat yang menjadi darah dagingnya selama ini akan hilang bersemadi bersama jasadnya nanti. Pada masa itu seni silat akan pupus bersama riwayat pendukung-pendukung silat yang seusia dengannya.
‘‘Memang saya kecewa dengan apa yang berlaku ini tetapi apa yang mampu saya lakukan.
‘‘Mereka lebih berminat dengan acara tomoi kerana bagi mereka wang adalah segala-galanya,” ujarnya.
Justeru dia meminta semua anggota ekspedisi JWJ2 menyampaikan pesannya kepada semua generasi muda di Malaysia agar sama-sama mempertahankan warisan budaya orang Melayu yang diwarisi sejak turun temurun.
‘‘Tidak kira apa jua warisan budaya kita, ia hendaklah dipertahankan kerana itulah lambang jati diri kita sebagai orang Melayu. Jangan biarkan ia pupus kerana akhirnya kita juga yang akan rugi,” ujarnya.
‘‘Islam pula menjadi sandaran kepada kita untuk menentukan arahan dan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,” katanya lagi. Baginya orang Melayu di Malaysia sangat beruntung kerana dikeliling hidup mereka warisan dan budaya Melayu masih subur meskipun tidak menolak kemungkinan ia boleh lenyap jika tidak dipelihara dengan sewajarnya.
‘‘Orang Melayu di Malaysia lebih bertuah berbanding kami. Kami di sini terpaksa berhempas pulas mempertahankan jati diri kami. Tidak tahulah selama mana ia boleh dipertahankan,” katanya lagi.
Penggunaan bahasa Melayu di Thailand katanya adalah contoh terbaik bagaimana penggunaannya amat terhad hingga penguasaannya di kalangan generasi Melayu di negara itu tidak sehebat berbanding penguasaan mereka dalam bahasa ibunda negara itu.
‘‘Sebagai orang Melayu di sini saya menganggap orang Melayu di Malaysia sebagai saudara-saudara saya. Bagi saya kedatangan saudara-saudara menziarahi kami di sini amat menggembirakan walaupun hanya seketika.
‘‘Tolong sampaikan pesanan saya kepada semua rakyat Malaysia, pelihara dan pertahankan budaya dan warisan kita. Jangan terima nasib seperti kami,” katanya lagi. Walaupun ia hanya titipan pesanan biasa seorang tua dari bumi asing, ia harus diambil berat oleh kesemua mereka yang berketurunan Melayu di Malaysia.
Ismail bukan bercakap atas dasar sentimen tetapi di bercakap atas dirinya sebagai orang Melayu tulen. Titisan air matanya pula cukup menggambarkan betapa hatinya remuk apabila silat yang selama ini menjadi darah dagingnya tidak lagi diterima oleh generasi muda di negaranya.
(c) UTUSAN MALAYSIA
Sunday, May 29, 2011
Raikan Beza Pandangan Dalam Islam
Mereka terperangkap dalam soal terminologi dan istilah sehingga mempersulitkan kaedah-kaedah dalam menentukan hukum. Kerana taasub, mereka berpegang kepada satu pandangan sahaja, tidak boleh menerima pandangan lain. Mereka menyempitkan sesuatu yang luas, justeru memberi gambaran bahawa hanya ada satu pendapat saja yang betul. Jika berdebat, pendekatan mereka keras dan emosional.
Misalnya, kaki wanita aurat atau tidak. Saya sering diaju soalan ini, justeru memberi gambaran masyarakat umum masih kurang jelas mengenai banyak hal kecil sehingga timbul polemik, termasuk dalam blog dan Facebook. Masalah timbul apabila ada pihak yang tidak memahami atau menerima hakikat bahawa di dalam Islam, ada juga pandangan lain. BACA SELANJUTNYA
Friday, May 27, 2011
Dinding tebing Sungai Melaka runtuh
Kenali adat Perpatih Negori
Kenali adat Perpatih
|
|
NEGERI Sembilan sememangnya dikenali dengan adat Perpatih, satu sistem unik berhubung undang-undang adat dan kekeluargaan hinggakan penduduk asal negeri ini memiliki identiti yang tersendiri.
Adat Perpatih, yang berasal dari Minangkabau, Indonesia sejak abad ke-14, terus diamalkan sehingga ke hari ini. Malahan, kebanyakan bangunan di negeri ini mempunyai bumbung berbentuk Minangkabau, dan di negeri ini juga menjadi tumpuan suku adat bagi setiap daerah, adat beraja sehingga kepada pelbagai jenis makanan.(Kaji seterusnya)
Allah tumpaskan tentera bergajah
SURAH al-Fil mengandungi lima ayat. Ia termasuk dalam kategori surah Makiyyah dan diturunkan selepas surah al-Kafirun.
Hubungan surah ini dengan surah al-Humazah ialah dalam surah al-Humazah, Allah SWT menjelaskan bahawa harta tidak dapat menjauhkan daripada seksaan Allah SWT. Dalam surah ini Allah SWT menyatakan bukti tentang perkara di atas menerusi kisah tentera bergajah.
Seorang panglima tentera Habsyah yang menguasai Yaman bercita-cita menyerbu dan meruntuhkan Kaabah yang dimuliakan supaya orang Arab tidak melakukan ibadah haji di sana.
Dia menuju Mekah diiringi tentera yang ramai dan gajah yang banyak bagi menambahkan rasa takut pada orang ramai. Dia terus mara sambil mengalahkan sesiapa saja yang dijumpainya, sampai ke al-Mughammas iaitu suatu tempat yang berdekatan kota Mekah. [KAJI SEPENUHNYA]
Monday, May 23, 2011
Lagi pasal Martabatkan bahasa Melayu
Peluang martabatkan bahasa Melayu
KALAU betul semua acara antarabangsa yang dianjurkan di negara akan dikendali dalam bahasa Melayu, maka ia merupakan satu usaha yang mampu memartabatkan bahasa Kebangsaan itu.
Kalau kita sedar, bahasa Melayu sudah lama terpinggir di bumi sendiri. Walaupun diangkat sebagai bahasa kebangsaan tetapi ia bukannya bahasa pertuturan di negara ini.
Hanya orang Melayu di luar bandar dan yang berpendapatan rendah dan sederhana sahaja bertutur dalam bahasa Melayu. Rakyat Malaysia yang lain lebih selesa berhubung menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa ibunda kaum masing-masing.
Acara-cara rasmi yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya mungkin sekadar pada Perhimpunan Agung UMNO dan Pas selain sidang Dewan Undangan Negeri serta persidangan Parlimen.
Yang lainnya lebih banyak mengutamakan bahasa Inggeris dengan alasan ia bahasa antarabangsa.
Oleh itu, apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemungkinan acara-acara antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia dikendalikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya merupakan petanda baik untuk menaikkan imej bahasa kebangsaan.
Bagi negara-negara lain, penggunaan bahasa kebangsaan pada acara-acara rasmi termasuk yang bertaraf antarabangsa merupakan perkara biasa. Ia bukan sesuatu yang baharu.
Contoh yang paling dekat dengan kita ialah Thailand. Dalam apa juga acara yang dianjurkan bahasa kebangsaan sentiasa mereka utamakan.
Sistem pendidikan semuanya menggunakan bahasa dan tulisan Thai. Tetapi ia tidak pernah menghalang ekonomi mereka daripada berkembang.
Pemimpin-pemimpinnya juga tidak kekok berucap dalam bahasa kebangsaan termasuk ketika menghadiri acara di luar negara.
Malah hampir semua negara di dunia ini menggunakan bahasa kebangsaan mereka dalam apa juga majlis antarabangsa selain diselang-seli dengan bahasa Inggeris.
Yang pasti ia tidak menjejaskan perjalanan acara tersebut.
Apa juga acara terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Piala Dunia dan sebagainya, semuanya dianjurkan dengan menggunakan bahasa kebangsaan negara tuan rumah.
Sebab itu, cadangan Muhyiddin itu bukan sesuatu yang pelik kerana ia merupakan amalan biasa di negara-negara lain yang bahasa Inggeris bukan bahasa kebangsaan mereka.
Sudah tentu, pelaksanaan itu tidak akan mendatangkan apa-apa masalah.
Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) misalnya, ia dikendalikan dalam pelbagai bahasa. Para pemimpin yang berucap akan menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing.
Peranan juru bahasa yang akan mempermudahkan dan melancarkan perhimpunan PBB pada setiap tahun.
Begitu juga jika bahasa Melayu digunakan pada acara-acara bertaraf antarabangsa di negara ini. Peranan juru bahasa akan mengatasi apa juga masalah.
Malah ketika Malaysia menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) peranan juru bahasa tetap diperlukan walaupun acara menggunakan bahasa Inggeris. Tidak semua pemimpin yang hadir itu mahu bertutur dalam bahasa Inggeris.
Jadi, tidak ada bezanya jika acara tersebut dilangsungkan dengan bahasa Melayu. Oleh itu, kita tidak perlu fobia atau gundah gulana apabila bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam acara-acara terbabit.
Bagi peminat sukan mereka tentunya biasa menonton secara langsung kejohanan tenis luar negara yang menawarkan hadiah jutaan ringgit. Jika kita perasan, pengadilnya membuat kiraan dalam bahasa kebangsaan negara yang menjadi tuan rumah sebelum diulangi dalam bahasa Inggeris.
Tetapi di negara kita, kiraan dibuat dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
Tetapi saranan Muhyiddin itu sekurang-kurangnya dilihat sebagai usaha yang dapat mengangkat martabat bahasa Melayu.
Penutur bahasa ini bukannya kecil. Separuh daripada penduduk di rantau ASEAN bertutur atau memahami bahasa Melayu. Ia adalah bahasa serantau sama seperti beberapa bahasa utama lain dunia.
Sudah sampai ketikanya ia diangkat dan digunakan pada acara-acara bertaraf dunia yang dianjurkan di negara ini.
aznan.bakar@utusan.com.my
========================================================================
Apakah bahasa untuk mendapatkan pekerjaan yang kompetitif di zaman ini?
Apakah bahasa yang terlalu diperhatikan semasa temuduga zaman ini?
Apakah bahasa yang dikira sebagai bahasa ilmu zaman ini?
Apakah bahasa 'Internet' zaman ini?
Apakah bahasa yang punyai kelebihan di tempat kerja zaman ini?
Apakah bahasa yang kita perlu untuk menandingi bangsa dunia lain?
Apakah bahasa jika kita tidak tahu, kita duduk sepi di penjuru di persada global?
Apakah bahasa yang kita perlu untuk jadi macam manusia dalam gambar itu?
Kita mohon pengunjung kupas 8 soalan diatas, jawpaan boleh di emelkan juga...
Subjek sastera membina insan
Subjek sastera membina insan
|
|
Pembelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam Bahasa Melayu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 (Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat) dan telah dinilai mulai tahun 2001, peringkat SPM dan tahun 2002, peringkat PMR. Pendekatan pengajaran- pembelajaran subjek ini lebih bersifat menyeluruh iaitu ke arah pembinaan pemikiran akal budi, yang banyak terpancar menerusi genre-genre tersebut. (Baca seterusnya)
Oleh DR AMINUDIN MANSOR
(c) Hakcipta Utusan Malaysia
SYARAK: Batal wuduk jika tertidur?
Batal wuduk jika tidur?
Saya faham jika sudah berwuduk tetapi tertidur yang tetap punggung itu tidak membatalkan wuduk. Soalnya, saya selalu melihat sebilangan jemaah yang tidur semasa khutbah Jumaat. Walaupun kelihatan tetap punggung tidurnya kelihatan lena sampai berdengkur.
Adakah keadaan begini juga tidak membatalkan solat. Bagaimana pula dengan tuntutan mendengar khutbah yang dikatakan sebagai menggantikan dua rakaat solat?
JAWAPAN
Safwan bin 'Assal r.a. berkata yang bermaksud: "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar tidak mencabut kasut ketika musafir selama tiga hari tiga malam kecuali jika berjunub, buang air besar, air kecil atau tidur". (riwayat Ahmad, al-Nasaai dan al-Tirmizi. Al-Tirmizi mensahihkannya).
Bagi menjawab persoalan ini, ada beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa tidur yang lena dan tetap punggungnya tidak perlu berwuduk semula.
Anas r.a berkata yang bermaksud: Suatu ketika, para sahabat Rasulullah SAW menunggu solat isyak sehingga tersengguk-sengguk kepala mereka kerana nabi SAW melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk menunaikan solat, mereka bersolat tanpa memperbaharui wuduk. (riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Ibn 'Abbas r.a berkata yang bermaksud: Aku telah bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteri nabi). Rasulullah SAW bangun untuk menunaikan solat malam. Lalu, aku bangun berdiri di sebelah kirinya. Kemudian, baginda menarik tanganku hingga aku berada di sebelah kanannya. Setiap kali kepalaku tersengguk kerana mengantuk, baginda akan menarik telingaku. Baginda melakukan solat itu sebanyak 11 rakaat. (riwayat Muslim).
Mengikut pandangan Imam al-Syafie r.a apabila seseorang tidak tidur dalam posisi duduk dan punggungnya tidak menempel dengan mantap pada posisi tempat duduknya.
Jika seseorang yang mempunyai wuduk tidur dengan posisi di atas sisi badannya (menyamping) atau dengan posisi terlentang, atau juga ada celah di antara punggungnya dengan tempat duduknya, maka wuduknya batal.
Wuduk tidak menjadi batal disebabkan mengantuk. Mengantuk adalah keadaan di mana seseorang merasa berat kepalanya, di mana dia masih dapat mendengar perkataan orang-orang yang ada di sekitarnya, walaupun tidak memahaminya.
Menurut pendapat paling sahih, termasuk pandangan dalam mazhab al-Syafie, apabila seseorang tidur tetapi tetap punggungnya di bumi tetap terletak di lantai, wuduknya tidak terbatal berdasarkan beberapa hadis di atas. Namun, yang afdalnya adalah berwuduk apabila tertidur berdasarkan maksud hadis secara umum.
Khutbah Jumaat
Mendengar khutbah Jumaat dan solat dua rakaat fardu Jumaat adalah ganti kepada solat zuhur. Kedua-duanya sama penting dan sama wajib dipenuhi.
Cuma sindrom sesetengah kita adalah bila solat Jumaat, mereka ingat solat Jumaat yang wajib dihadiri manakala khutbah Jumaat tidak dengar pun tidak mengapa yang penting solat Jumaat. Ini adalah tanggapan yang salah.
Kefarduan solat Jumaat adalah untuk memberi peluang orang Islam berkunjung ke masjid mendengar pesanan agama dan wasiat iman yang disampaikan oleh para khatib.
Falsafahnya supaya dalam kehidupan seminggu seorang lelaki muslim akan ada catatan yang dipijak kakinya ke masjid melalui kefarduan solat Jumaat.
Bayangkan kalau solat Jumaat tidak difardukan ke atas orang lelaki Muslim, alamatnya hati-hati yang kering pasti tidak akan berkunjung melainkan untuk solat hari raya.
Allah SWT memfardukan Jumaat semoga dengan kefarduan tersebut terdidik jiwa hamba-hamba-Nya ke arah kebaikan dan amal soleh. Untuk beroleh manfaat solat Jumaat maka solat Jumaat hendaklah ditunai dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan, bukan kerana terpaksa.
Perhatikan dengan mata hati maksud firman Allah SWT ini: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat)... (al-Jumu'ah: 9).
Pergi untuk mengingati Allah SWT sama ada berzikir, membaca al-Quran sementara khatib naik mimbar. Bila khatib mula berkhutbah, berhenti zikir dan baca al-Quran, tumpukan perhatian pada khutbah.
Maksudnya ke masjid pada hari Jumaat bukan untuk tidur dalam masjid, sampai ada yang berdengkur malahan untuk mengingati Allah SWT. Ingat sesungguhnya Allah SWT telah memberi peringatan di dalam surah al-Jumu'ah.
Golongan Yahudi yang tidak beramal al-Taurat adalah umpama keldai yang membawa pikulan kitab-kitab yang tinggi nilainya tetapi si keldai tidak tahu apa yang dipukulnya. Ini adalah seburuk-buruk perumpamaan ke atas golongan yahudi.
Jika Yahudi ditempelak dek Allah SWT kerana mengabaikan isi al-Taurat, maka umat Muhammad juga akan menerima nasib yang sama kerana mengabaikan al-Quran.
(c) Hakcipta oleh Utusan Malaysia 2011
Wednesday, May 18, 2011
ALMARHUM SULTAN IDRIS I PERAK DAN KISAH BAGINDA
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI
SULTAN IDRIS MURSHIDUL'ADZAM SHAH(MARHUM RAHMATULLAH)
SULTAN PERAK KEDUA PULUH LAPAN(1887-1916)
Makam Almarhum terletak berhampiran dengan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar dalam sebuah bangunan Makam di-Raja. Sultan-sultan lain yang dimakamkan di Permakaman di-Raja Bukit Chandan ialah Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (Sultan Perak yang ke-29) dan Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak Yang ke-30).
Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar, G.C.M.G., G.C.V.O., ialah putera yang ketiga kepada Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) dan diputerakan di Kuala Keboi, Kampar (Perak) dalam tahun 1849.Dalam tahun 1875, semasa Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi Sultan Perak, Raja Idris berumur 26 tahun. Di masa perselisihan di antara Sultan Abdullah dengan Birch, Baginda menjadi ketua rombongan perwakilan yang membawa surat daripada Sultan Abdullah kepada Gabenor Sir Andrew Clarke. Pada tahun yang sama, Raja Idris telah dilantik oleh Sultan Abdullah menjadi Hakim dan kemudian menjadi Hakim Besar pula.[baca seterusnya]
Monday, May 16, 2011
Esplorasi di Selat Melaka
Pengurus Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas sedang bercakap mengenai kapal-kapal yang karam di Melaka, yang sekali lagi menjadi topik hangat di akhbar. Kerajaan Melaka telah mengulangi tawaran berbilion ringgit yang dibuat pada 2000, kepada mana-mana syarikat untuk mencari khazanah daripada kapal yang karam di perairan Melaka.
Selepas lebih 10 tahun, tiada syarikat yang sanggup. Sekurang-kurangnya 13 kapal dagang dan kapal perang dipercayai karam di laut Melaka (Spice Route) lebih 500 tahun lalu. Perbelanjaan mencari khazanah daripada sebuah kapal dianggarkan kira-kira RM3 juta, dan keuntungannya, mampu mencecah sehingga berbilion ringgit. BACA SELANJUTNYA
Lawatan YDP Agong ke Kedah
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Baginda kemudiannya melihat pameran pembangunan negeri sebelum mendengar taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rasli Basir di bilik gerakan, yang antara lain menyentuh visi pembangunan negeri untuk mewujudkan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'. Tuanku Mizan juga dimaklumkan mengenai misi Kedah yang mahu menjadi destinasi pelaburan dan hub pengeluaran makanan di Malaysia, selain pencapaian ekonomi negeri.
Terdahulu, Azizan dalam ucapannya, berkata lawatan Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah memberi gambaran jelas mengenai hubungan erat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di bawah konsep demokrasi berparlimen. "Sebanyak 10 acara rasmi telah disusun bagi menjayakan lawatan rasmi ini. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terlibat menggambarkan perpaduan yang erat di kalangan rakyat di negeri ini," katanya. Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah tiba di sini kelmarin dan dijadual berangkat pulang petang ini. - BERNAMA
Sunday, May 15, 2011
ZA'BA DIPERSENDA
KUALA LUMPUR: "Tok Tai akan menangis dalam kubur jika tahu khazanah warisannya tidak dihargai," kata cucu Pendeta Za'ba, Rozlin Za'ba Mohd Redza, merujuk panggilan mesra Allahyarham datuknya, Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia 38 tahun lalu.
Beliau kesal kerana Teratak Za'ba yang dibina dengan kos hampir RM2 juta, di kampung asalnya, di Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan 10 tahun lalu, seperti tidak menghargai sumbangan tokoh berkenaan kerana hampir keseluruhan bahan pameran dalam memorial itu bukan milik Allahyarham, sedangkan keluarga mereka sanggup menyerahkan khazanah tinggalan Za'ba secara percuma.
Berita lanjut : Berita Harian
Saturday, May 14, 2011
Thursday, May 12, 2011
Wednesday, May 11, 2011
KELUHAN RAJAMENANGIS ATAS ANASIR BANGSA
Monday, May 9, 2011
Analisis: Puak Buta Perlembagaan
Sejak 54 tahun negara merdeka, tiada siapa yang mempertikaikan perkara itu sehingga rakyat dikejutkan dengan berita dalam laman blog bahawa majlis perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang beberapa hari lalu, membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.
Berita itu disiarkan dalam laman blog ‘bigdog’ di http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi artikel Making Christianity the official religion? dan blog ‘Marahku’ di http://marahku.blogspot.com sebelum diterbitkan Utusan Malaysia. Berita itu menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana ia amat sensitif serta bercanggah dengan perlembagaan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan negara, umpama bom jangka. BACA SELANJUTNYA
Saturday, May 7, 2011
Ke mana hala tuju Melayu Singapura?
Mungkin atas dasar itu, kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengenengahkan calon baru seperti Dr. Intan Azura Mokhtar, wanita Melayu beragama Islam pertama mewakili parti itu di Kawasan Pilihan Raya Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio dan Zainal Sapari di GRC Pasir Ris-Punggol.
Faktor kaum Melayu sebenarnya memainkan peranan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 negara pulau ini, mungkin kerana ia kumpulan etnik kedua terbesar walaupun hanya terdiri daripada 13.4 peratus daripada jumlah penduduknya. BACA SELANJUTNYA
Thursday, May 5, 2011
Sultan Muhammad V Bertemu Jodoh
Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan. "Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda.
Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lalu, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu. Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra. Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.
Bernama
Wednesday, May 4, 2011
Anugerah Sastera Negara Ke-11
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkannya berkata, anugerah itu diberikan kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.
Anugerah itu melayakkan Ahmad Kamal menerima wang tunai RM60,000, Watikah Penghormatan Negara, kemudahan kelas pertama di hospital kerajaan dan 50,000 naskhah karya beliau akan diedarkan di perpustakaan di seluruh negara.
Muhyiddin berkata, karya Kemala bermutu tinggi, dalam daya renung, tinggi daya cipta dan daya rekanya dan mempunyai nilai estetika yang mengagumkan. BACA SELANJUTNYA
Tuesday, May 3, 2011
Pengasingan Sastera Melayu Beban Pelajar
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, komponen kesusasteraan di dalam subjek Bahasa Melayu kini sudah memadai kerana komponen tersebut lengkap dengan semua aspek yang perlu diketahui oleh seseorang pelajar mengenai asas kesusasteraan.
“Kita perlu fikirkan dari sudut pelajar sekarang. Mereka sudah mempunyai banyak mata pelajaran lain untuk ditumpukan. Jika sebagai subjek elektif, saya setuju,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau mengulas cadangan Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh semalam supaya kesusasteraan Melayu dijadikan mata pelajaran tunggal dan bukannya dijadikan sebahagian daripada komponen subjek Bahasa Melayu seperti sekarang.
Menurut Muhammad, sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran mengambil langkah yang lebih progresif untuk memperbaiki cara pelaksanaan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah. Jelas Ka Siong, penambahbaikan cara pelaksanaan komponen tersebut sudah lama dijalankan pihaknya menerusi pembaharuan dan penyelidikan yang berterusan dari semasa ke semasa.
Ujarnya, sukatan yang kini diajar itu telah mengambil kira segala aspek yang dapat menjamin kesusasteraan Melayu terus maju dan berkembang dalam kalangan kalangan pelajar di negara ini. “Bagaimanapun, kami tetap menghormati dan mengalu-alukan pandangan peribadi semua pihak dan berharap agar cadangan-cadangan yang membina ini mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah,” ujarnya.
www.utusan.com.my
Sunday, May 1, 2011
Sistem Beraja Penyeri Dunia
Tidak syak lagi bahawa perkahwinan diraja ini menarik minat dunia, walaupun sebahagian besar daripada mereka tentunya tidak ada kaitan dengan Britain. Juga ternyata bahawa keluarga diraja Britain ini adalah paling dikenali dan popular di dunia yang kini mempunyai 43 negara mengamalkan sistem beraja. Apa saja isu mengenai keluarga diraja Britain, pastinya menarik perhatian dunia.
Buat masa ini, 16 daripada negara-negara itu menganggap Ratu Elizabeth II sebagai raja mereka. Baginda adalah satu-satunya raja yang menjadi ketua negara bagi begitu banyak negara di dunia, iaitu selain daripada negaranya sendiri. Semua negara-negara itu adalah bekas tanah jajahan dan terus mahukan supaya raja Britain menjadi ketua negara mereka. BACA SELANJUTNYA