Monday, November 29, 2010
Sultan Selangor Dukacita
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan 'Raja Melayu' sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.
Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.
"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di Shah Alam.
sumber : Berita Harian Online
Saturday, November 27, 2010
HADIS UNTUK PARA ISTERI
RAJAMENANGIS SYOR PETUA DAPUR MELAYU INI
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.
Nasi Lambat Basi
1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.
Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
2. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
3. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi
Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.
Jemput-jemput Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.
Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama
Cara Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing
Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum
Mengurangkan Rasa Pedas Cili
Sebelum cili hijau, cili padi atau cili merah dimasak gulai, bukan sahaja tampuknya perlu dibuang tetapi bahagian hujung cili juga harus dibuang jika hendak mengurangkan rasa pedas apabila dimakan.
Isu kontrak sosial cabar kuasa politik Melayu
JEAN-Jacques Rousseau mendewakan teori kontrak sosial pada abad 18 kerana kecewa dengan sikap istana dan paderi yang mengongkong fikiran rakyat. Rousseau mendesak masyarakat Perancis diberi keadilan, mempunyai jati diri dan hak asasi.
Bagi masyarakat yang matang, kontrak sosial adalah penawar untuk membendung perhambaan sesama manusia yang wujud sejak zaman jahiliah. Sebelum Rousseau mempengaruhi pemikiran Revolusi Perancis (1789-99), ahli falsafah British – Thomas Hobbes dan John Locke juga mengemukakan teori kontrak sosial pada abad 17. Mereka tidak senang melihat telatah feudal yang menguasai rakyat. Tindakan buruk istana sering dikaitkan dengan agama, kononnya tuhan (bagi pengikut Kristian) menyeru manusia taat kepada istana dan tidak mempertikaikan salah laku Raja. Raja bebas melakukan apa saja. Menentang keputusan istana dianggap berdosa kerana tidak patuh kepada arahan tuhan.
Sejak berkurun, manusia ditindas jiwa mereka. Segala urusan keperibadian tidak wujud kerana rakyat diarah setia kepada sistem feudal dan penguasa agama yang memperalatkan kedudukan mereka. Menjelang abad ke-20, teori kontrak sosial menjelajah hampir ke seluruh dunia. Ketika banyak institusi istana runtuh dan diganti sistem demokrasi mahupun ketenteraan dan republik, kontrak sosial menjadi jaminan mengikat hubungan antara pemerintah dan rakyat. Pemerintah diberi mandat menerusi peti undi dan sepatutnya menjalankan tugas meningkatkan prasarana, taraf ekonomi, sosial dan kesihatan di wilayah di bawah pentadbiran mereka.
Rakyat pula perlu setia kepada negara, bertugas dan membantu kerajaan memajukan sesebuah wilayah. Sistem perundangan dan perlembagaan digariskan supaya semua pihak membantu negara. Rakyat juga berhak menentukan sesebuah kerajaan, atau digulingkan melalui proses pengundian pada pilihan raya akan datang.
Teori kontrak sosial tidak pernah membezakan rakyat dari segi kaum, agama dan status sosial. Persamaan ini dianggap oleh pejuang demokrasi sebagai asas membangunkan sistem siasah tulen di sesebuah negara.
Bagaimanapun isu kontrak sosial sering diperkatakan selepas keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008. Ia mempunyai citra tersendiri kerana pelbagai pihak menafsir dari sudut berbeza. Ada yang mendakwa kontrak sosial wujud ketika negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 memberi hak sama rata kepada rakyat pelbagai kaum.
Ada yang mendakwa bangsa Melayu, Cina, India dan kaum lain setaraf dari segi perlembagaan. Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan: Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang. Bagaimanapun hak istimewa bangsa Melayu yang tercatat pada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bukan dianggap sebagai hak (rights) tetapi keistimewaan (privileges).
Jika tafsiran ini dianggap benar, tentunya bangsa Melayu tidak boleh mendabik dada dengan istilah hak istimewa yang dimiliki. Bangsa Melayu perlu sedar nasib bagai telur di hujung tanduk di negara asal usul moyang mereka. Perpecahan dan kurang penguasaan dari segi ekonomi, politik dan sosial menjejaskan masa depan Melayu sendiri.
Isu kontrak sosial bagai menafikan hak keistimewaan Melayu. Sistem merit memberi keutamaan kepada kecemerlangan secara terbuka tanpa membabitkan isu kaum dan agama. Bangsa yang tertinggal bakal dipinggirkan oleh sejarah di negaranya sendiri. Sistem kuota yang dikaitkan dengan hak Melayu tidak lebih daripada slogan politik kepartian.
Ada pengamal undang-undang menafsirkan hak istimewa Melayu bukan bermaksud hak ketuanan Melayu. Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut ketuanan Melayu. Istilah ketuanan Melayu hanya dicipta dalam bentuk siasah untuk mengekalkan kuasa. Ia tidak dicatat dalam mana-mana peraturan, justeru, tindakan mengungkapkan ketuanan Melayu secara terbuka dianggap tidak mematuhi semangat pembentukan Malaysia.
Dari segi sejarah, ungkapan ketuanan Melayu muncul pada 1966 apabila seorang timbalan menteri berucap pada satu majlis di Singapura. Ucapannya kurang mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra kerana ia tidak tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Hanya pada 1987 isu ketuanan Melayu dibangkitkan semula apabila ada pihak mempertikaikan hak istimewa Melayu secara terbuka. Pada masa sama juga sudah ada pihak berani mengemukakan cadangan menyaman seorang Sultan yang dikatakan kerap mengganggu pentadbiran di sebuah negeri.
Kemelut secara terbuka itu menyebabkan suhu politik negara menjadi panas dan akhirnya memaksa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987. Seramai 106 ahli politik ditahan dan permit penerbitan akhbar Watan, The Star dan Sin Chew Jit Poh digantung. Bagaimanapun isu kontrak sosial tidak pernah reda daripada diperkatakan. Ia mungkin senyap seketika dan kembali bergema setiap kali ada pihak merasakan Melayu semakin lemah di negaranya sendiri. Kontrak sosial muncul pada 1987 ketika dua kumpulan bergeser merebut jawatan Presiden UMNO.
Pada 1998, isu kontrak sosial mengiringi gerakan reformasi apabila seorang tokoh siasah didakwa di mahkamah kerana kaitan salah laku seks dan rasuah. Isu sama juga muncul kini kerana ada pihak berani membuat sembah derhaka dan institusi istana dianggap tidak relevan. Selagi ada pihak berasakan hak mereka tidak dipedulikan atau perlu diperjuangkan, selagi itulah isu kontrak sosial menjadi mantera lunak di pentas politik.
Kewarasan berpolitik sering diketepikan apabila isu kontrak sosial diperkatakan dengan pelbagai niat. Ada pihak berani mempertikai kuota ekonomi Bumiputera dan status syarikat berkaitan kerajaan (GLC) semata-mata kerana cita-cita siasah. Kontrak sosial sudah menjadi keramat hidup yang menghantui ahli politik di Malaysia!
Sumber: (c) Zanuddin Salleh, Web Perkasa
Friday, November 26, 2010
Tun Chong Eu Pernah Peringat Pentingnya Sejarah
Chong Eu Peringat Pentingnya Sejarah
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu terkenal sebagai tokoh yang jarang mengadakan temu bual dengan media, lebih-lebih lagi selepas beliau bersara daripada politik.Selalunya, pertemuan beliau dengan petugas media tidak lebih daripada perbualan ringkas sahaja. Bagaimanapun, arkitek transformasi Pulau Pinang ini bersetuju mengadakan temu bual ringkas dengan "Penang Economic Review" bagi edisi pertama majalah itu Oktober lepas untuk membicarakan tentang kaitan erat antara masa kini dan masa akan datang.
Dalam temu bual itu, beliau menyentuh tentang sejarah, khususnya keadaan yang mendorong kedatangan British ke rantau ini.
"Apa dia East India Company? Kita patut ingat bahawa kita sebenarnya pernah diperintah oleh entiti komersial ini. Siapakah makhluk ini? Sebenarnya, kebanyakan penjajah pada zaman dahulu adalah lanun."
Kemudian, Chong Eu menyarankan agar penulis yang menemubual beliau membaca tentang sejarah Province Wellesley, semata-mata sebagai suatu cara untuk mengingatkan penduduk Pulau Pinang tentang betapa pentingnya mereka mempunyai minat terhadap sejarah awal negeri itu.
Penulis berkenaan berkata: "Inilah sebahagian daripada apa yang saya dapat. Mungkin banyak orang tahu bahawa Province Wellesley, yang diserahkan kepada British secara pajakan pada 1798, mendapat namanya sempena nama Richard Wellesley, yang menjadi Gabenor Besar British India ketika itu.
"Apa yang tidak diketahui ramai ialah saudara lelaki kepada aristokrat Ireland ini, Arthur, sembilan tahun lebih muda daripada abangnya itu dan pernah berkhidmat dengan cemerlang sebagai pegawai tentera di India, kemudiannya menjadi Duke of Wellington, yang mengalahkan Napoleon Bonaparte di Waterloo pada 1815.
"Selepas itu, Arthur menyandang jawatan Perdana Menteri Britain selama tujuh bulan pada 1828, dan walaupun seorang konservatif, beliau dikenang sebagai pemimpin yang memberi hak sivil sepenuhnya kepada penganut Katolik di United Kingdom," kata penulis berkenaan.
Mungkin, sejarah ini telah membentuk pendekatan praktikal yang menjadi amalan Chong Eu dalam berpolitik apabila beliau membuat keputusan bahawa Gerakan perlu menganggotai Barisan Nasional (BN) sebagai anggota pengasas parti gabungan itu.
Penang Economic Review memetik Chong Eu sebagai berkata: "Manusia tidak boleh sekali-kali lupa tentang jalur sejarah, lebih-lebih lagi di dunia sebelah sini, yang bersifat kepulauan serta banyak melibatkan pemindahan sumber. Oleh itu, politik dan ekonomi sentiasa berkait rapat. Pengeluaran adalah suatu hal, manakala logistik adalah suatu hal lain pula, yang tidak kurang pentingnya.
"Tapi, setelah sekian lama masa berlalu, kita masih menjadi mangsa kedudukan geografi kita dan cara ia membentuk pemikiran kita. Kita masih tidak dapat membebaskan diri kita daripada syarat yang dikenakan oleh geografi."
SUMBER:(c) Bernama
Tuesday, November 23, 2010
'Pemerintahan Raja Berperlembagaan...'
Perdana Menteri berkata, sistem pemerintahan sedia ada juga membantu pembangunan secara terancang bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat sejak negara mencapai kemerdekaan. Malah, katanya, amalan sedemikian turut berjaya mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. BACA SELANJUTNYA
Perutusan walang srikandi seorang pidana
RAJAMENANGIS mengesyorkan artikel ini...
Perutusan walang srikandi seorang pidana
MENJUN-JUNG kasih ke atas Datuk Bendahara Melaka yang masyhur. Pertama-tamanya, hamba ingin merafak sembah ke atas Datuk Bendahara andai perutusan yang diutuskan oleh sahaya hamba, Lang Buyong ini mengganggu jeda senggang Datuk Bendahara yang ripuh mentadbir bumi Melaka yang tercinta. Perutusan walang yang tidak seadanya ini telah hamba nukilankan setelah genap seratus hari hamba bergelar balu kepada Hang Jebat yang telah mati dibunuh Hang Tuah setelah tujuh hari tujuh malam bertarung di Istana Melaka [Menarik..Baca seterusnya]
Sumber (c) Utusan Malaysia
Bidang Kuasa Majlis Agama Kelantan
Bidang Kuasa |
Enakmen Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan tahun 1994 menyebut bahawa selain daripada membantu KDYMM Al-Sultan Kelantan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini dan Adat Istiadat Melayu, Majlis merupakan badan induk agama yang tertinggi yang bertujuan mengawal hal ehwal agama islam di negeri ini.
|
Monday, November 22, 2010
Sultan Johor Kurnia Gelaran DYMM Kepada Isteri Baginda
Sultan Johor Kurnia Gelaran DYMM Kepada Isteri Baginda Sempena Hari Keputeraan
JOHOR BAHARU, 22 Nov (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim berkenaan mengurniakan gelaran "Duli Yang Maha Mulia" ke atas isteri baginda, Yang Mulia Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersempena istiadat sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda ke-52, Isnin.
Saturday, November 20, 2010
Saka Jentayu kupas asal-usul jin saka
Saka Jentayu kupas asal-usul jin saka
KISAH Jentayu yang sering diganggu jin saka iaitu saka Inyiak Utieh milik datuknya, Tok Jalit adalah paparan menarik dalam drama bersiri seram 13 episod, Saka Jentayu yang akan menemui penonton di TV3 mulai 25 November ini.
Lebih menyeramkan, saka Inyiak Utieh juga mahu mendampingi Jentayu dan ia menimbulkan pelbagai masalah di kampungnya. Ketika ditemui, pengarah drama ini, Abdul Azizi Awang Ghazali berkata, berbeza dengan drama seram yang biasa ditonton, Saka Jentayu memaparkan kisah jin saka yang diilhamkan daripada sumber cerita masyarakat Melayu. "Sebelum ini, cerita seram Durja Ningsun memaparkan kisah roh yang membalas dendam. Saka Jentayu pula sejenis burung (Jentayu) dan Inyiak Utieh pula dalam bahasa Minang adalah hantu putih [Baca seterusnya]
Wednesday, November 17, 2010
Mimpi Penyatuan Bangsa
Antara lainnya: "Universiti ini telah berkembang dengan amat baik, memenuhi sebahagian besar daripada harapan para pejuangnya terutama dari segi pelaksanaan bahasa kebangsaan dan penerapan jiwa kebangsaan. BACA SELANJUTNYA
Tuesday, November 16, 2010
Monday, November 15, 2010
WARNA WARNA BARU BLOG RAJAMENANGIS
WARNA WARNA BARU BLOG RAJAMENANGIS
Sunday, November 14, 2010
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu. BACA SELANJUTNYA
Saturday, November 13, 2010
Sultan Selangor Batal Hadiri Ulang Tahun Yayasan Selangor
Ramli berkata, pada asalnya majlis di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan itu adalah Majlis Makan Malam, baginda kemudian mencadangkan Majlis Makan Tengah Hari. Kepada satu soalan, Ramli berkata: “Kosnya (makan tengah hari) lebih daripada RM300,000. Baginda berpendapat ia amat tinggi dan membazir,” katanya.
Bernama | www.utusan.com.my | 12 Nov 2010
Friday, November 12, 2010
BILA KITA PAKSA LULUS SEJARAH, INI JAWAPANNYA PULAK!
ADAKAH ANDA SETUJU DENGAN LANGKAH UNTUK MENJADIKAN SEJARAH SUBJEK WAJIB LULUS MULAI 2013?
YA | | 45% (30101 Undi) | |
TIDAK | | 55% (36769 Undi) | |
Jumlah 66870 undian [Terjemahan] Daripada sumber: The Star [12 Nov. 2010] |
Negara Berasaskan Sistem Beraja
Wednesday, November 10, 2010
Hanya Bahasa Melayu Bahasa Rasmi
Hanya bahasa Melayu boleh diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara ini. Tokoh akademik, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak di negara ini tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua. BACA SELANJUTNYA
Foto sekadar hiasan
Monday, November 8, 2010
Apa akan berlaku pada 16 November ini?
(MUKASYAFATUL QULUB OLEH IMAM AL-GHAZALI)
Saturday, November 6, 2010
KELEBIHAN BERAMAL BULAN ZULHIJJAH
10 ZULHIJJAH BERSAMAAN 17 NOVEMBER 2010
* Daripada Aishah, beliau berkata: “Ada seorang pemuda yang luhur jiwanya, apabila menjelang bulan zulhijjah maka dia sering berpuasa disiang harinya. Lalu perkara ini sampai ke pengetahuan Nabi lalu Baginda memanggil pemuda tersebut dan bartanya: Kenapakah anda berpuasa (sunat) pada hari-hari tersebut? Pemuda itu menjawab: Wahai Rasulullah, aku berumpah demi ibu dan bapaku, itulah hari-hari syiar (hari kebesaran Islam) dan hari bulan haji (zulhijjah), semoga Allah menyertakan aku di dalam doa orang-orang yang menunaikan haji.
Nabi bersabda: Sesungguhnya bagi setiap hari yang engkau berpuasa nilainya menyamai (memerdekakan) 100 hamba, (mengorbankan) 100 ekor unta dan (menggunakan) 100 ekor kuda Fi SabiliLlah. Adapun pada hari Tarwiah (8 zulhijjah) maka nilainya menyamai 1000 hamba, 1000 unta dan 1000 kuda Fi SabiliLlah. Dan pada hari Arafah nilainya menyamai 2000 hamba, 2000 unta dan 2000 kuda Fi SabiliLlah”.
* Sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berpuasa pada hari Tarwiah Allah akan mengurniakannya seumpama pahala kesabaran nabi Ayyub A.S menghadapi ujian. Dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Arafah maka Allah akan mengurniakannya seumpama pahala perjuangan Nai Isa A.S”.
* Sabda Nabi S.A.W: “Pada hari Arafah, Allah akan menurunkan limpahan rahmatNya, itulah hari paling banyak Allah membebaskan hamba-hambaNya (daripada api neraka). Sesiapa yang memohon sesuatu hajat kepada Allah pada hari Arafah sama ada hajat dunia mahupun akhirat nescaya Allah akan mengurniakannya. Puasa hari Arafah menghapuskan (dosa-dosa kecil) tahun yang lalu dan tahun akan datang”.
(MUKASYAFATUL QULUB OLEH IMAM AL-GHAZALI)
Zulhijjah Bulan Terakhir Kalendar Hijrah
Zulhijjah termasuk antara bulan-bulan haram yang dimuliakan Allah SWT. Justeru sebagaimana bulan-bulan haram lain, bulan Zulhijjah ini seharusnya diisi dengan amalan-amalan soleh yang selari dengan sunnah Rasulullah SAW. Pada bulan tersebut terdapat hari-hari yang lebih diutamakan berbanding hari-hari lain pada bulan itu.
Keutamaan 10 hari pertama Sepuluh hari pertama pada bulan ini merupakan hari yang diberkati Allah SWT dan bagi mereka yang mengerjakan amal-amal soleh pada hari ini ia akan mendapat keutamaan dan ganjaran lebih berbanding dengan hari-hari lain pada sepanjang tahun.
Daripada Ibn ‘Abbas r.a, beliau berkata Rasulullah SAW. bersabda: Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari (ayyam) ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 969 Jelas menerusi hadis ini amalan pada 10 hari pertama Zulhijjah begitu besar.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar: “Jika seseorang melakukan hal seperti itu (iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta), maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada 10 hari pertama pada Zulhijjah.” - Ibn Hajar al-‘Asqolani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 307, ketika mensyarah hadis no: 969.
Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan lain. BACA SELANJUTNYA
Perlembagaan Persekutuan Adil Kepada Semua
"Ramai yang bercakap berkenaan bahagian-bahagian yang tidak boleh dipinda tetapi ramai tidak ambil kira tentang peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan negara yang begitu adil.
"Tiada perlindungan bagi hak sesuatu kaum yang tidak diimbangi dengan hak kaum lain," katanya dalam blog http://chedet.co.cc.
Menurut Dr. Mahathir, kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa tuntutan untuk meminda Perlembagaan negara bagi melucutkan keistimewaan mana-mana kaum tidak mungkin dilakukan adalah benar. Katanya, tuntutan seperti itu hanya akan memburukkan hubungan antara kaum tanpa memberi manfaat kepada sesiapa.
"Jika Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dianggap rasis (dan saya juga rasis kerana bersekongkol dengannya) kerana mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, mereka yang bercadang untuk melucutkan hak orang Melayu tetapi tidak hak istimewa mereka sendiri tentulah bersifat rasis juga.
"Hanya mereka yang bercadang melucutkan hak istimewa semua kaum sahaja yang tidak rasis," katanya. Jelasnya, antara asas yang menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah adil kepada semua kaum ialah bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi negara manakala bahasa lain juga boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
"Sekolah kebangsaan ialah sekolah yang mengguna bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar manakala sekolah-sekolah jenis nasional boleh mengguna bahasa Cina dan bahasa Tamil. "Perlembagaan negara juga melindungi hak memiliki hartanah oleh semua kaum supaya pengambilan tanah oleh kerajaan tidak boleh dibuat tanpa pampasan," katanya.
Sumber : utusan.com.my
Tuesday, November 2, 2010
Fungsi Majlis Raja-Raja
Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat yang pertama diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.
Fungsi
Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini adalah institusi tunggal yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut:
* Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;
* Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;
* Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa- apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;
* Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
* Memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,
* Dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut. BACA SELANJUTNYA
Hormati Peringatan Raja-raja Melayu
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, apa yang disuarakan raja-raja Melayu itu amat relevan dengan keadaan semasa dan menunjukkan betapa keadaan sekarang memerlukan perhatian yang mendalam oleh semua pemimpin politik.
"Memang akan ada pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan terhadap keadaan yang berlaku itu sehingga menghancurkan segala yang telah dikecapi demi kuasa dan kepentingan politik. Tetapi kita harus ingat apa yang dititahkan raja-raja Melayu itu seharusnya dijadikan sempadan kepada kita semua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. BACA SELANJUTNYA
Monday, November 1, 2010
SEINDAH ADAT MELAYU, SEMANIS PENGAMALNYA
Seindah adab Melayu
Selari dengan amalan adat resam bangsa Melayu, beginilah caranya seorang Melayu menunjukkan arah dengan ibujari. Maka terserlah YAB Tmbalan Perdana Menteri membuktikannya untuk semua melihat. Ibu jari kedudukannya lebih rendah daripada jejari lain dan itulah tanda rendah diri dan tidak riak sesorang Melayu-Islam.
Dalam zaman mengejar kemajuan dan kebendaan ini, adakalanya adat resam kita dikebelakangkan dan ini cukup menyedihkan.