Friday, January 29, 2010
KENALI 'DOKOH'
Manakala di bahagian bawahnya disediakan pula kepingan yang bertingkat-tingkat ataupun hanya terdiri daripada satu atau dua keping sahaja. Kepingan dokoh ini biasanya dihiasi dengan corak yang bermotif daun sukun dengan menggunakan berbagai-bagai teknik.
Di antara teknik yang paling popular ialah pahat silat yang berunsurkan berbagai-bagai variasi motif alam semula jadi. Ada dokoh berbentuk tiga segi dan bercorak bulan sabit atau daun-daun yang menarik. Sudah menjadi amalan tukang-tukang untuk merekacorakkan dokoh dengan berbagai-bagai ragam hias dan ada di antaranya bertatahkan batu permata yang berwarna-warni.
Dokoh tiga tingkat merupakan hiasan bagi pengantin perempuan dan juga pengantin lelaki untuk menimbulkan keserian. Ia terdapat di seluruh Nusantara dan dikatakan diperkenalkan oleh orang India seolah-olah menggantikan kalungan bunga malai.
Dokoh dua atau tiga tingkat tidak begitu berat jika dibandingkan dengan dokoh yang hanya satu keping yang biasanya dibentuk secara tiga dimensi untuk membolehkan damar cair dituangkan ke dalamnya supaya menjadi tegap dan berat.
Sumber foto: www.tkodaily.net
DUGAAN ALLAH - MANA KEINSAFAN MANUSIA
2010/01/26
TRONG: Semalam adalah hari paling menggembirakan buat Mohd Ihsan Mohd Tahir, 11, apabila kembali ke sekolah selepas lebih dua minggu sejak sesi persekolahan dibuka awal tahun ini akibat menderita sakit kulit kronik.
Pelajar Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tinggi, Trong, itu begitu teruja apabila kembali di sekolahnya selepas beberapa bulan terpaksa menanggung kesengsaraan itu. Bapanya, Mohd Tahir Mohd Khalid, 48, berkata, anak keempatnya itu turut mengidam sebuah komputer riba untuk digunakan bagi mengulang kaji pelajaran dengan lebih mudah.
Katanya, sebelum ini, keluarga mereka mempunyai sebuah komputer untuk kegunaan Mohd Ihsan dan beradiknya yang lain, namun ia hilang apabila rumah mereka dimasuki pencuri beberapa tahun lalu. “Mohd Ihsan seorang pelajar yang pintar dan sering mendapat kedudukan terbaik dalam kelas. Bagaimanapun, keadaan fizikal dan penderitaan yang ditanggung menyebabkan pergerakannya terbatas.
“Semangatnya untuk belajar tidak pernah luntur, malah dia sering berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang di kelasnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Mohd Tahir yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan, terpaksa berkorban demi Moh Ihsan dengan menghantarnya ke sekolah kira-kira 10 kilometer dari rumah setiap hari. Katanya, dia mengambil masa sejam membuat persiapan Mohd Ihsan ke sekolah dan rutin harian itu dilakukan bergilir-gilir dengan isterinya, Norazahariyah Mohammad, 44.
“Bagaimanapun, Mohd Ihsan tidak mempunyai banyak kerenah dan mudah untuk menyiapkannya ke sekolah,” katanya yang tidak jemu mendukung anaknya dari kereta ke kelas setiap hari.
Sementara itu, Guru Besar SK Sungai Tinggi, Razak Baharom berkata, Mohd Ihsan adalah seorang pelajar yang baik dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran.
Rajamenangis - marilah kita mengingati anak ini, berdoa untuk kesejahteraannya dan mengenangkan nasibnya dan kudrat Allah.
(c) Berita Harian 2010
Thursday, January 28, 2010
KAWASAN JIN-JIN DI BERAS BASAH [BAGAN DATOH]
Misteri: 'Penjara ghaib' Beting Beras Basah
Lokasi wajib tabal Sultan di Sungai Perak ini turut dikenali lubuk misteri.
KAWASAN Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh Perak, sememangnya sinonim dengan catatan sejarah kesultanan Perak sejak sekian lamanya. Namun, di sebalik kewujudannya sebagai lokasi wajib diziarahi Sultan baru, ada pelbagai catatan lain yang mengaitkannya sebagai lubuk misteri yang menggerunkan.
Ini termasuk kaitannya sebagai tempat penunggu, tempat makhluk ghaib ‘dipenjara’, selain kewujudan lubuk pusar ketika air pasang.
Menyingkap kewujudannya, penyelidik dan pengkaji sejarah, Ariffin Mohd Dahlan atau Pak Engku mendakwa semuanya bermula pada 1528 apabila pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah, pemerintah terakhir Melaka yang bersemayam di Kampar, Sumatera, ketika itu. Permintaan mereka ialah supaya salah seorang putera baginda dijadikan pemerintah Perak yang tidak mempunyai Sultan. Permintaan itu diperkenankan dan Raja Muzaffar dititah menjadi pemerintah Perak pertama.
“Bagaimanapun Raja Muzaffar lari ke Pagar Ruyong ketika itu kerana merajuk apabila adindanya dilantik Sultan Johor, sedangkan beliau anak sulung. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti nobat, nafiri, pedang Chura Simanjakini, cop mohor halilintar dan beberapa alat lain.
“Rombongan diiringi Megat Terawis. Mereka singgah di Siak, kemudian ke Klang dan seterusnya ke kuala Sungai Perak dengan pelayaran dikemudi Nakhoda Tumi. Bagaimanapun, bahtera Raja Muzaffar dilanda ribut taufan dan ombak besar ketika melalui kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Bahtera baginda tidak boleh bergerak sehingga terpaksa membuang segala peralatan kecuali alat kebesaran diraja,” katanya pada majlis sembang sejarah Kesultanan Perak, baru-baru ini.
Pak Engku berkata, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut.
“Arahan itu dituruti Raja Muzaffar. Selepas itu barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar. Sejak itu, Perak tidak memakai gelaran Tengku Mahkota memandangkan mahkotanya sudah dibuang sebaliknya diganti dengan gelaran Raja Muda.
“Selepas Raja Muzaffar berseru ‘Selikit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilingkung Ular Saktimuna, Sebenarnya Aku Menjadi Raja, Jauhkan Segala Malapetaka, Perpisahan Aku Di Selat Melaka” barulah bahtera baginda dapat bergerak ke tepi tebing dan disambut rakyat negeri Perak yang diketuai Tun Saban. Baginda kemudian dibawa mudik ke hulu dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang,” katanya.
Kajian Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdullah Jumain Abu Samah, pula menyebut Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan.
“Kawasan beting ialah kawasan lubuk pusar yang kadang-kadang timbul dan tenggelam apabila air pasang. Keadaan pasirnya keras dan putih, seluas padang bola seperti beras basah. Ia tempat pertabalan Sultan Perak sejak Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak pertama pada 1528 hingga sekarang. Setiap Sultan yang bakal menduduki takhta Perak dimestikan menziarahi Beting Beras Basah dan menjejakkan kaki di atas beting pasir,” katanya.
Beliau berkata, kawasan lubuk pusar itu dikenali sebagai Tasik Pawa Janggi dan menurut cerita rakyat Perak, ia tempat yang digeruni kerana banyak perkara misteri berlaku. Di dasar tasik itu dikatakan mempunyai kerajaan yang diperintah tujuh jin.
Kawasan berkenaan dikatakan menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib yang jahat sejak dulu sehingga sekarang.
“Ia juga dikatakan ‘pusat’ makhluk ghaib seluruh dunia, termasuk Islam serta perkampungan orang bunian,” katanya yang turut berharap catatan sejarah itu mendapat perhatian dan pengiktirafan Persatuan Sejarah Malaysia dan bahannya dapat dibukukan untuk tatapan serta rujukan pencinta sejarah tanah air,” katanya.
Malah, Pak Engku sendiri tidak terkecuali mengalami pengalaman pelik sepanjang mengenali Beting Beras Basah.
“Saya turun ke laut mengambil segenggam tanah dan kemudian menuju ke muara Sungai Perak di kawasan lubuk pusar Beting Beras Basah iaitu beting tengah,” katanya.
Selama hampir 15 minit, bot yang dinaikinya mengelilingi lubuk pusar itu sementara menanti beting berkenaan muncul. “Tiba-tiba saya ternampak kain berwarna-warni muncul dari lubuk pusar itu. Apabila air semakin surut, beting timbul dan saya dapati ada bendera tujuh warna terikat di tujuh batang tiang setinggi kira-kira 4.5 meter.
“Kain berkenaan berwarna putih, hijau, kuning, biru, merah, hitam dan ungu. Kain dengan warna bendera negeri perak berada pada tiga tiang tengah, dua lagi tiang dengan kain pelbagai warna itu di kiri dan kanan tiang bendera perak, manakala kain putih membentuk tiga segi di hujung kiri dan kanan,” katanya.
Beliau mendakwa warna berkenaan mewakili setiap satu jin yang memerintah kerajaan bawah laut. Pada jam 7.20 pagi berkenaan, Pak Engku meminta pawang yang mengiringinya membacakan tahlil dan doa arwah di situ. Selesai majlis beliau terus menuju ke kolam air pusar membawa kain tujuh warna yang dibawa untuk diikat pada tiang bendera negeri Perak.
“Pada awalnya ia tiada masalah tetapi sebaik menghampiri kawasan pusar itu, saya tidak boleh melangkah seolah-olah ada sesuatu yang menghalang.
“Saya cuba merempuh tetapi gagal dan akhirnya saya berseru ‘Aku adalah keturunan Panglima Hitam daripada Raja yang berdaulat. Mudahkan segala pekerjaanku.’ Selepas itu barulah kain tujuh warna berkenaan dapat diikat pada tiang bendera berkenaan. Saya juga sempat berdoa sebelum keluar.
“Selepas keluar dari kolam itu untuk mengambil wuduk, saya lihat ke arah laut dari luar kolam dan nampak seperti mata manusia tetapi cuma sebelah memerhatikan saya. Saya tidak berkata apa-apa kerana sudah dipesan, jika ternampak sesuatu di situ jangan ditegur,” katanya.
(C) 2010 Oleh Hazirah Che Sab
Berita Harian
WASIAT RAJA MELAYU, AGAR MELAYU PATUH DAN KAUM LAIN HORMATI
'Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu' |
Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).
-DYMM TUANKU RAJA NAZRIN SHAH
Wednesday, January 27, 2010
Lee Kuan Yew akui dasar dwi-bahasanya salah
Lee Kuan Yew mengaku dasar dwi-bahasanya salah
Mantan Perdana Menteri Singapura itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dasar dwi-bahasa yang telah beliau perkenalkan serta laksanakan hampir 40 tahun lalu adalah salah. Kesalahannya kerana diperkenalkan di tahap awal pendidikan. Ini disahkan oleh anaknya sendiri, seorang pakar dalam bidang neurologi.
Singapura masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris. Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Inggeris digunakan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Ada beberapa kesan negatif hasil dasar dwi-bahasa Kuan Yew yang diakui oleh beliau sendiri. Pertama, pelajar-pelajar keturunan Cina tidak lagi berminat dan bersungguh-sungguh belajar Bahasa Mandarin.
Begitu juga kanak-kanak keturunan Melayu, minat mereka untuk belajar Bahasa Melayu semakin kurang dan menurun. Semuanya ghairah untuk belajar Bahasa Inggeris kerana nilai ekonominya. Apatah lagi, Singapura berada di tengah kesibukan dunia perdagangan antarabangsa.
Maka kedua-dua kumpulan generasi muda ini, keturunan Melayu dan Cina sedang dilanda penyakit rendah diri (inferiority complex).
Tidak kurang parahnya adalah kesan terhadap identiti jati diri negara bangsa dan rakyat Singapura itu sendiri. Walaupun mereka rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris, tidak mungkin mereka diterima sebagai orang Inggeris.
Majoriti penduduk Singapura adalah keturunan Cina dan bahasa pertama mereka sepatutnya Mandarin. Bagi orang Melayu pula, bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu.
Bagi keturunan Cina, mempelajari Bahasa Mandarin adalah sukar dan membosankan. Adalah lebih mudah menumpukan perhatian untuk belajar dan menguasai satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Inggeris.
Tetapi Bahasa Inggeris tidak mampu menjadi jiwa dan unsur jati diri kepada keturunan Cina mahupun orang Melayu di Singapura.
(c) WAN HASHIM WAN TEH
(2010 Utusan)
Gelaran Sultan Johor yang baru
Gelaran Sultan Johor yang baru
JOHOR BAHRU 25 Jan 2010 - Gelaran rasmi bagi Sultan Johor yang baru ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, gelaran itu merujuk kepada Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta'zim.
Beliau berkata, bagi pasangan baginda, gelaran rasmi ialah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
"Perbezaan di sini ialah tiada gelaran Sultanah sehingga diperkenankan kelak," katanya pada sidang akhbar di Istana Besar di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, gelaran rasmi bagi Raja Muda Johor yang diperkenankan adalah Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Tuesday, January 26, 2010
SULTAN DIHINA LAGI ....
Pada satu ketika dulu, Sultan Perak telah menjadi sasaran seumpama ini. Nampaknya tangkapan dan dakwaan yang dibuat ke atas mereka yang bersalah ketika itu tidak meninggalkan kesan. Golongan yang tidak bertanggung jawab terus mendabik dada dan sengaja ingin menaikkan kemarahan ramai terutama orang-orang Melayu.
Difahamkan mereka yang terlibat akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Seksyen 233 akta tersebut menyatakan, pengendali laman web dan blog yang menyebar kandungan bersifat jelek, mengancam dan mengugut boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.
Sungguhpun begitu, andai kata mereka yang terbabit tidak hadir ke mahkamah seperti yang diarahkan maka pihak pendakwaan bercadang memohon supaya mahkamah mengeluarkan waran tangkap.
Monday, January 25, 2010
Isu gempar Thailand dan sejarah kita
Rajamenangis telah mendapat tahu pihak negara Thailand telah memasuki satu Persetiaan dengan Great Britain pada Januari 1946, dimana Thailand melepaskan dan secara rasmi menarik balik tuntutan mereka keatas kawasan tanah di Malaya yang dikatakan di dapati oleh Thailand dalam Perang Dunia Kedua. Adakah ini melalui serangan Jepun ketas Kelantan dan Tanah Melayu? Adakah kawasan yang dimaksudkan ialah wilayah sengketa masa kini?
Atau adakah ini menunjukkan, bahawa 11 tahun sebelum kita merdeka, Thailand masih lagi mempunyai cinta yang mendalam terhadap negeri-negeri Melayu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah di lepaskan kepada British-Malaya dalam tahun 1909?
Seperkara lagi. Kita jarang-jarang mendengar bahawa Kerajaan Thai mengisytiharkan perang keatas Great Britan dan USA pada tahuhn 1942. Adakah ini benar? Adakah ini bermakna Thailand sehala tujuan dengan rancangan besar Jepun dalam Peperangan Dunia Ke2?
Siapakah yang ada salinan Perjanjian Januari 1946 itu antara British dan Thailand? Mohon dapat berkongsi isu ini dengan Rajamenangis.
-Rajamenangis-
Sunday, January 24, 2010
Keselamatan YDP Agung LEBIH MUSTAHAK
Laporan Istana Negara mengatakan DYMM YDP Agung akan berlepas ke Germany untuk menjalani satu rawatan susulan intensif fisioterapi selepas pembedahan di lutut baginda pada 30 Nov 2008 yang lepas.
Sekiranya pihak Istana Negara dan Kerajaan sekian lama memberikan khidmat kawalan keselamatan peribadi oleh polis dan militeri elit yang cukup hebat kemana jua baginda pergi, maka agak tidak logik jika keselamatan peribadi baginda seolah -olah tidak relevan dalam hal sukan lumba lasak yang boleh membawa kemalangan yang ngeri kepada YDP Agung Malaysia.
Saturday, January 23, 2010
DYMM SULTAN JOHOR YANG BARU
Selepas pemasyhuran itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, berikrar sebagai Sultan Johor dan berjanji untuk memerintah dengan adil, saksama dan penuh kasih.
Baginda mengenakan Baju Melayu putih dalam upacara itu. Baginda juga berikrar untuk menghormati dan melindungi agama Islam dan adat-istiadat Melayu serta bertegas dalam hal-hal berkaitan Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan undang-undang Negeri Johor.
Pada jam 1.36 petang. peristiharan rasmi Sultan Johor yang baru dilakukan di atas tangga Istana Besar. Selepas itu, rakyat jelata melaungkan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali. DAULAT TUANKU!!
MENGENALI DYMM SULTAN JOHOR YANG BARU
Mewarisi sifat prihatin ayahanda baginda, putera sulung Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail itu bukan hanya mempunyai latar belakang akademik dan pencapaian membanggakan tetapi baginda juga cukup disenangi kerana keperibadian yang menawan hati rakyat.
Mesra disapa sebagai TMJ (Tengku Mahkota Johor), Tunku Ibrahim, 51, cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti berteraskan kerja-kerja sosial yang diilhamkan baginda sejak 2001. Konvoi motosikal berkuasa tinggi itu yang dijadikan acara tahunan, membawa baginda dan rombongan pengiringnya terdiri daripada Menteri Besar dan para pegawai negeri lain ke semua lapan daerah di Johor yang menyaksikan Tunku Ibrahim dan rombongan melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi.
Sikap prihatin dan kesungguhan baginda untuk turun padang bagi melihat sendiri kehidupan dan menyelami susah senang masyarakat membina kredibiliti baginda sebagai pewaris takhta yang mesra rakyat.
Semasa kembara pertamanya pada 2001, Tunku Ibrahim tidak kekok untuk mendokong dan mendodoikan seorang bayi yang terlentuk di bahu baginda. Ketika melawat Kampung Temiang di Muar, baginda sempat menjamah ubi rebus yang merupakan makanan rakyat dengan begitu berselera serta memuji pembuat sambal ubi rebus, iaitu seorang nenek yang terharu dengan pujian Tunku Mahkota Johor. Kesungguhan baginda untuk merasai kehidupan seharian rakyat jelata di situ jelas terserlah apabila pada satu ketika baginda meneguk air tebu dalam bungkusan plastik yang dihulurkan oleh seorang penduduk.
Tidak bersendirian, aktiviti turun padang itu memecah tembok pemisah antara istana Johor dan rakyat apabila Tunku Ibrahim turut melibatkan isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan putera-puteri baginda dalam ekspedisi itu. Tunku Ibrahim yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.
Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, putera sulung daripada 10 beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Baginda pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.
Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Pewaris takhta itu menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baharu. Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.
Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika. Sekembalinya baginda ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.
(C) 2009, BERNAMA
JOHOR TABAL SULTAN ABAD KE 21
Tunku Ibrahim angkat sumpah
Lafaz pemasyhuran itu dilakukan pada pukul 5.10 petang dalam satu upacara di Istana Besar di sini.
Pada sidang akhbar pukul 11.20 malam ini, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan kemangkatan Sultan Johor pukul 7.15 malam.
Pemasyhuran Tunku Ibrahim Ismail dibuat mengikut Fasal 9 (1)(b) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895.
Lafaz pemasyhuran itu adalah seperti berikut:
"Bahawa adalah saya, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada masa memegang jawatan Pemangku Raja bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta'zim dan segala takluknya bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku akan memerintah dengan adil saksama dan timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk-penduduk negeri Johor dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara dan menghormatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang kuat dengan Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor dan juga Undang-undang Negeri,"
Putera sulung Sultan Johor dengan isteri pertama, Josephine Ruby Trevorrow itu diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Hasil perkongsian hidup dengan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata, lima putera dan seorang puteri iaitu Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Aminah, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.
Tunku Ibrahim Ismail mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tuanku Ampuan Mariam, Johor Bahru sebelum memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru.
Tunku Ibrahim Ismail juga pernah mendapat pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar (English College Johor Bahru) pada 1971-1975.
Di samping itu, Tunku Ibrahim Ismail turut menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek Johor Bahru.
Tunku Mahkota turut menjalani latihan penerbangan helikopter di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kluang dan seterusnya ke Fort Wracker, AS untuk latihan lanjutan di Advanced Helicopter Flying's School dan menerima anugerah 'sayap' penerbangannya.
(C) 2009 Utusan Malaysia
Makna DIRGAHAYU
Sembah Takziah: Perginya seorang Raja Melayu
Demikian itu, marilah kita bersama melafazkan surah Al-Fatihah dan surah Yassin dan berdoa buat Almarhum baginda. Mudah-mudahan roh baginda dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh. Amin.
DYMM Sultan Johor Mangkat
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini. Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April
1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agong kelapan.
- Bernama
Friday, January 22, 2010
RAJAMENANGIS BERSEDIH: SULTAN JOHOR GERING
Berita
JOHOR BAHRU: Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:
Jeamah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.
Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.
Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.
Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.
SANTAI SEJENAK ...
Jadi, apakah rahsianya sehinggakan restoran atau kedai kepunyaan orang lain tidak dapat menyamai teh tarik buatan mamak?
Kami berpeluang mengorek 'rahsia' kedai mamak yang mungkin selama ini, tidak pernah diketahui oleh sesiapa....
Rahsia 1:
Menggunakan hampir 10 jenis daun teh yang berlainan jenis, termasuk 3-4 jenis yang dibawa dari negara asal mereka. Daun teh ini dicampurkan dalam nisbah yang mereka sendiri tahu, dan digunakan apabila menyediakan teh.
Rahsia 2:
Menyediakan segelas air bercampur garam semasa membancuh teh. Sudu yang mereka gunakan untuk mengacau teh itu diletak/dicelup ke dalam air garam setiap kali supaya minuman yang dibuat akan terasa 'masinnya'. Rasa yang seimbang inilah yang akan menyedapkan lagi teh tarik.
Cadangan: Cuba minta teh tarik kaw kurang manis, dan nikmati kelazatannya, tanpa memudaratkan kesihatan...
Wednesday, January 20, 2010
Sunday, January 17, 2010
ISTIMEWANYA NOBAT
Sejarah kedatangan Nobat ke negeri Kedah jika mengikut sejarah yang ditulis dalam tahun 1650, menyatakan bahawa Sultan Kedah telah pergi ke Melaka dalam masa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Jika fakta tepat, ini membuktikan dengan jelas bahawa Kedah telah mengambil unsur-unsur Nobat yang diwarisi dari Melaka yang mana sebelum ini Melaka telah mewarisinya dari Pasai.
Nobat Selangor serupa dengan Perak dari segi peralatan dan ragam. Pemuzik Nobat adalah terdiri daripada orang kalur Perak. Mereka mempunyai kepercayaan dan adat serta pantang larang yang akan membawa kesan kepada muzik nobat itu sendiri.
Seratus tahun kemudian, semua 16 lagu masih dimainkan oleh Nobat, seperti yang tercatat di dalam Adat Lembaga Orang-orang Melayu di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan. Walau bagaimanapun, tajuk ragam (lagu) telah diubah dan ejaan diperbetulkan.
Dalam Misa Melayu, terdapat lapan lagu Nobat Perak yang dikatakan “terbit dari laut”:
1. Gendang Berangkat
2. Arak Antelas
3. Kubang Si Kumali
4. Rama-Rama Terbang Tinggi
5. Arak-Arakan Panjang
6. Arak-Arakan Pandak (Pendek?)
7. Dang Gidang
8. Puteri Mandi Mayang
Lagu-lagu berikut ditambah kemudiannya oleh Kesultanan Perak:
9. Juang Beralih
10. Lenggang Encik Kobat
11. Gendang Perang
12. Anak Raja Basuh Kaki
13. Tabal
14. Nobat Khamis
15. Nobat Subuh
16. Nobat Isya
SOROTON BUKU TUNKU
Janganlah kita mengetepikan hakikat bahawa sebelum kita menjadi sebuah negara yang merdeka. kita cuma sebuah tanah jajahan Inggeris yang dipecah-pecahkan. Kiranya semua kaum tidak bersatu untuk kemerdekaan, negara kita tentulah masih lagi menjadi Tanah Jajahan British sehingga hari ini.
Setelah perjuangan kemerdekaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan disokong oleh kaum-kaum lain dilancarkan, maka timbullah semangat hendak menghalau dan menamatkan penjajahan di negara ini, dan dengan kemerdekaan itu dapatlah kita mengambil tempat kita yang hak sebagai sebuah negara yang berdaulat. Kita mestilah menyedari bahawa perubahan yang seperti inilah juga yang telah membawa negara-negara lain di Afrika menjadi bangsa yang merdeka dan berdaulat.
Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, tetapi terpulanglah kepada orang Melayu sendiri memainkan peranan yang cergas untuk merebut peluang pada masa hadapan. Sambil itu mereka mestilah sentiasa ingat bahawa Perlembagaanlah yang dapat menjamin keselamatan dan kemajuan kita semua. Jika “pelampau” Melayu mahu menunggangbalikkan Perlembagaan, maka mereka akan membuta tuli terjerumus ke jurang kemunduran dan terperangkap dalam keadaan kacau-bilau.
Petikan buku '13 Mei - Sebelum dan Selepas' oleh Tunku Abdul Rahman (terbitan 1969)
Sumber: sahabatmantap2.wordpress.com
Tuesday, January 12, 2010
Wajah Paderi Herald Weekly yang mahu "Allah"
Paderi yang menjadi editor Herald Weekly, Lawrence Andrew,
Monday, January 11, 2010
SARANAN TUKAR VERSI LAGU NEGARAKU
PUISI PEJUANG (versi Bahasa Melayu)
Kenapa termangu tak tahu, rimas dan pelik?
Sekali lagi kau mengambil tanpa persetujuan,
Bagaimana kau rasa, berlagak penuh kepura-puraan?
Sungai Nil putih dan Indus coklat,
Jika seorang boleh membenci yang lain berwajah kelat,
Manusia hanyalah badut semata-mata,
Sekira kesedarannya tiada lagi terpahat.
Empayar datang, empayar pun pergi,
Sifat kemanusiaan yang baik tetap dihormati,
Kejahatan datang dan kebaikan akan pergi,
Perjalanan terakhir, apa yang kau dapati?
Perbualan tentang keadilan ku dengar di pasar,
Atau tiada yang berani dek kerana gementar,
Namun apakah keadilan, tuan yang sebenar,
Adalah merampas bila kami tak sedar!
Kau dan aku berjalan ke sana,
Di pondok (istana) kita curi kebesaran lama,
Kau hakim dan aku jadi perangkapnya,
Alangkah malang bagi yang jadi mangsa!
Kita marahkan Nazi kerana hina perbuatan,
Dan menuduh yang lain wajar terima balasan,
Kerana tak hormati yang suci dan berkekalan,
Dan sikap mereka tak berperikemanusiaan!
Aku tak mampu menepis pendapatmu,
Atau kau juga, kerana kejujuran pandanganku,
Tapi dalam permainan yang diberi nama Malayan Union,
Yang kuat pasti memperlekeh yang lesu.
Ah! Bila yang lemah diikat dengan tali,
Di panas terik, haus dan kering bersendiri,
Pemenang bersorak dan bermegah sekali,
Dilonjak di bahu, pulang ke rumah diiringi.
Aku tiada peduli akan semua helahmu,
Ku sedar kelemahanku bisa buatku terkaku,
Biarkanlah mereka bersyarah, minta hak darimu,
Aku hanya akan dipersalahkan dan buat kau ragu!
Biarkan yang mencipta permainan menghabiskan waktu,
Tinggalkan kami dengan kehidupan sebelum perang dulu,
Agar kami yang terjaga tiada rasa bagai dicatu,
Dan pilih permainan yang kami semua setuju.
Andai kau ambil rotinya, tinggalkanlah keraknya,
Jika ambil emas, tinggalkanlah habuknya,
Tapi kau musnahkan kepercayaan bapa kami, kenapa?
Sesungguhnya Tuhan! Pada kau (British), kami percaya.
Friday, January 8, 2010
ALQURAN TENTANG PINJAM NAMA 'ALLAH'
Surah 109. Al-Kafirun
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2]
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Thursday, January 7, 2010
PUISI PEJUANG MELAYU GEMPARKAN LONDON (1946)
What is sauce to the goose is sauce to the gander,
Why feign ignorance, irritation and wonder,
Another your house pillage and plunder,
How would you feel my noble pretender!
The Nile is white and the Indus is brown,
If the one can hate the other can frown,
Man after all is merely a clown,
If his conscience has persists to drown.
Empires may come and empires may go,
But mankind on the appreciated upon will go,
Evil may come and good may go,
What do you take on the last journey you go?
Talk or justice in the market I hear,
Or the lack of it in many places they fear,
But what is justice after all, my master dear,
It's helping yourself if the coast is clear!
You and I were gone for a stroll,
And in the hut (palace) some relic regalia we stole,
You the judge and I the catchpole,
What a time for that other poor soul!
We scold the Nazis for misdeeds unspeakable,
And consider some others alike culpable,
For disregarding covenants sacred and indelible,
And inhumane acts heinous and despicable!
I cannot rebuke you for having an opinion,
Or you me for my humble opinion,
But in that game called the Malayan Union,
The active are out the slow to pinion!
Ah! when the losers with ropes are tied,
Blinking in the sun parched and dried,
The winners victorious and puffed with pride,
Jump on their shoulders for a joyous home ride!
I for one won't care for such a game,
Being weak I am sure to go lame,
Whatever others may say preach or proclaim,
I can conjure nothing but discomfort and blame!
Wherefore let those who invented this tedious pastime,
Leave us alone with the pre-war regime,
So that we who are unwinded can take our time,
And choose a game suitable to our clime.
If you take the bun, leave us the crust,
And if the gold spare us the dust,
But pray, why relieve us of our father's trust,
Albeit Oh God! In Thee we trust.
by Abdul Hamid Amin
Dipetik drpd :The Straits Times (bertarikh 9 Julai 1946)
Lukisan : John Singer Sargent
Tuesday, January 5, 2010
FADHILAT TASBIH YUNUS
Al-Anbiya’ : Ayat 87
[87] Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Fadhilat:
Doa/tasbih Nabi Yunus AS semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat; solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.
Monday, January 4, 2010
YB ZULKIFLI NORDIN LAWAN YB KHALID SAMAD
Terkini, adalah perbalahan antara dua pemimpin PAS yang terkenal, YB Zulkifli Noordin (membantah pengunaan "Allah" oleh Kafirun) dan YB Khalid Samad yang menyokong efek keputusan Mahkamah mengharuskan orang Kafirun menggunakan nama "Allah".
Rajamenangis mengesyorkan artikel penjelasan panjang lebar oleh YB Zuklifli Nordin betajuk "MENYANGGAH YB KHALID SAMAD" di http://zul4kulim.blogspot.com/
Samada alasannya datang daripada UMNO, atau YB Zulkifli atau Majlis Ulamak Malaysia, atau pejuang Melayu-Islam, Rajamenangis tetap menyokong pengharaman nama "Allah" oleh MUSUH ALLAH SENDIRI.
Bunga Emas Tanda Ketuanan?
Pada mulanya pihak British ingin mengekalkan negeri Siam sebagai negeri perantaraan dengan Burma, dan kuasa-kuasa Barat lain seperti Perancis. British telah mengiktirafkan pengaruh Siam ke atas negeri-negeri Melayu Utara. Sungguhpun ini tidak disukai oleh negeri-negeri Melayu tersebut, British telah menandatangani beberapa perjanjian sulit dengan Siam bagi menentukan nasib dan masa depan negeri-negeri Melayu berkenaan kecuali Johor.
Sultan-sultan negeri-negeri Melayu berkenaan tidak bersetuju dengan syarat-syarat Perjanjian Bangkok tahun 1909. Namun, British telah melantik penasihatnya di setiap negeri terlibat. Sementara itu Johor masih bebas daripada naungan British sehingga tahun 1914 apabila Johor juga terpaksa menerima penasihat Britsh.
Keengganan sultan-sultan negeri berkenaan menyertai Persekutan yang ditubuhkan pada tahun 1896, menyebabkan wujudnya Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Menjelang akhir kurun ke-19, terdapat dua jenis pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu:
1. Negeri-negeri Selat (P.Pinang, Singapura dan Melaka)
2. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang)
Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pula dikaitkan dengan Siam yang menganggap negeri-negeri itu di bawah kekuasaannya. Bagaimanapun Siam tidak menguasai negeri-negeri itu. Malah negeri-negeri itu beranggapan "Hubungan itu adalah semata-mata satu pengakuan mengikut adat mengenai ketuanan luar negeri."
Negeri-negeri Melayu Utara menghantar Bunga Emas setiap tiga tahun sekali ke Siam sebagai tanda ketuanan. Bunga emas merupakan pohon yang diperbuat daripada emas dan batangnya daripada perak. Bagaimanapun nilainya tidak tetap bergantung kepada kemakmuran setiap negeri. Kedah misalnya pernah menghantar Bunga Emas bernilai $5000.00 dan Bunga Emas Kelantan pernah bernilai $11,000.00. Johor merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang berjaya mengelakkan campur tangan kuasa asing dan diperintah oleh Sultan yang merdeka.
Friday, January 1, 2010
"Allah" itu hak hamba Allah dan yang menyembahNya , bukan yang mengkhianatiNya
Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelaskan perkara berkenaan. Datuk Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.
Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.
Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)
“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.
“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.
Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.
“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah."
“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati termasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.
SUMBER: Berita PARLIMEN
LIHAT http://zanas.wordpress.com/2009/03/07/nama-allah%E2%80%A6pas-jawab-pas/
TAKZIAH KEPADA KELUARGA TOK MAT RAHMAT
KUALA LUMPUR 1 JANUARI: Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pagi ini.
Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur. Beliau berkata Allahyarham bapanya menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.
RAJAMENANGIS mengatakan ini adalah satu kehilangan besar buat tanah air kerana jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Allahyarham untuk agama, bangsa dan negara adalah besar dan bermakna. Kami mengucapkan takziah kepada kesemua ahli keluarga Allahyarham. Alfatihah.
Kenyataan Media Rajamenangis: "Allah" dalam Herald
Rajamenangis menghormati keputusan di peringkat Mahkamah Tinggi Malaya (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) yang telah mengenepikan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan nama ‘Allah’ di dalam penerbitan Herald Catholic Weekly. Rajamenangis juga akur akan keputusan yang telah dibuat oleh Yang Arif Hakim Datuk Lau Bee La kerana beliau mempunyai pendapat dan tafsiran tertentu mengikut hujah-hujah yang telah diutarakan oleh kedua-dua belah pihak.
Namun demikian Rajamenangis menyesali keputusan tersebut dan berharap Kerajaan Malaysia dan pihak Peguam Negara akan membuat rayuan yang sewajarnya ke Mahkamah Rayuan. Pada pandangan kami, keputusan Mahkamah keadilan dalam konteks kes ini perlulah dan seharusnya melihat kes ini dari aspek jurispruden sejarah (historical school) dan konteks ciri-ciri negara berlandaskan agama rasmi Islam yang mana ketuanya adalah Yang diPertuan Agong dan Sultan-sultan Melayu - lantas memberikan tafsiran yang harmoni dengan ciri ciri tersebut.
Oleh kerana Duli2 Tuanku adalah Ketua Agama yang tertinggi di negara ini, maka penggunaan nama "Allah" oleh mana-mana pihak atau badan yang bukan beragama Islam TANPA RESTU DAN PERSETUJUAN RAJA-RAJA MELAYU sebagai ketua agama Islam adalah ganjil, pelik, mengejutkan dan amat dikesali.
Sudut tafsiran Rajamenangis adalah sejajar dengan larangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan bertepatan dengan harapan setiap orang Islam yang bertuhankan Allah SWT.
Kami yakin Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan akan memberikan tafsiran yang sebaik-baiknya mengikut lunas undang-undang dan mengikut ciri-ciri jurispruden asal-usul Tanah Melayu, prinsip-prinsip interpretasi Perlembagaan dalam konteks Sejarah Tanah Melayu sebagai sebuah kumpulan negeri-negeri yang berlandaskan sistem Islam.